Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Wednesday, November 08, 2006

Uncovered meat and a cat


Mufti Australia, Sheikh Taj Aldin al-Hilali semakin tertekan apabila ramai pihak mengkritik kenyataan beliau tentang wanita dan rogol. Khutbah yang disampaikan dalam bahasa Arab kepada penganut agama Islam pada Ramadhan yang lalu mendapat perhatian ramai apabila beliau telah menyamakan wanita yang berpakaian mendedahkan tubuh sama seperti ‘daging yang terdedah’ dan beliau juga berkata, mereka yang berkenaan inilah yang mengundang serangan seksual.
Menurut penterjemah Australia, Sheikh Taj Aldin al-Hilali menyebut:

"If you take out uncovered meat and place it outside on the street, or in the garden or in the park, or in the backyard without a cover, and the cats come and eat it ... whose fault is it, the cats or the uncovered meat. The uncovered meat is the problem. If she was in her room, in her home, in her hijab (Islamic headscarf which covers the hair neck and shoulders), no problem would have occurred."

Khutbahnya itu memberi impak besar kepada rakyat Australia, khususnya kaum wanita kerana merasakan diri mereka yang dihina dan dipersalahkan dalam mana-mana kes rogol. The Islamic Council of Victoria(ICV) juga telah menasihatkan Sheikh Taj Aldin al-Hilali supaya meletak jawatannya sebagai Mufti Australia sebagai menunjukkan rasa bertanggungjawab dengan kenyataan yang telah menimbulkan provokasi kepada rakyat Australia berkenaan kes rogol. Sherene Hassan, salah seorang jawatankuasa ICV juga menyatakan rasa terkejut beliau dengan kenyataan melampau Sheikh Taj Aldin al-Hilali dan menyatakan, apa yang diterangkan oleh Sheikh Taj Aldin al-Hilali tidak terdapat dalam ajaran Islam itu sendiri. Pada pendapat Sherene Hassan, beliau memakai hijab adalah kerana ketaatannya menurut perintah Allah dan bukan kerana berniat menyembunyikan auratnya daripada pandangan lelaki.

Ada juga yang berpendapat kenyataan Sheikh Taj Aldin al-Hilali seolah-olah menyalahkan wanita sepenuhnya dalam sesuatu kes rogol. Seolah-olah, sekiranya seorang wanita itu dirogol, wanita yang berpakaian mendedahkan aurat itulah yang harus dihukum kerana mencetuskan keinginan di kalangan perogol dan memberi kebebasan kepada si perogol tanpa dikenakan sebarang hukuman. Kerana wujudnya pendapat sebeginilah maka ada yang bertanya – kalau begitu, lelaki Muslim dibenarkan memperkosa wanita bukan Muslim yang tidak menutup auratnya. Sedangkan mereka(wanita bukan Muslim) tidak mengetahui apa-apa tentang hijab. Tekanan-tekanan yang diterima oleh Sheikh Taj Aldin al-Hilali menyebabkan beliau dikatakan mengalami masalah kesihatan dan kesukaran bernafas, menurut seorang wakil jurucakap beliau.

Pendapat saya, Sheikh Taj Aldin al-Hilali sama sekali tidak berniat untuk memprovokasi masyarakat Australia dan sama sekali tidak mempunyai niat untuk mencetuskan ketegangan di antara orang Muslim dan bukan Muslim di Australia. Beliau hanya sekadar memberi satu peringatan kepada wanita-wanita Muslim betapa pentingnya aurat dan akibat-akibat yang akan berlaku sekiranya perintah Allah itu dilanggar. Namun kenyataan beliau dalam khutbah Ramadhan itu telah dipergunakan oleh mereka yang extremis kepada agama dan pihak media untuk memecah-belahkan kaum Muslimin. Berikutan kenyataan beliau, satu perhimpunan menyokong mufti telah diadakan di Sydney namun masih terdapat sebilangan orang Islam yang merasa tidak senang dengan Sheikh Taj Aldin al-Hilali (rujukan : Utusan Malaysia 2 Nov. 2006).

Bagi saya, daripada kenyataan beliau, Sheikh Taj Aldin al-Hilali tidak langsung menyatakan bahawasanya mangsa rogollah yang bersalah dan perogol dibenarkan bebas. Dalam kes ini, jika seorang perempuan didapati tidak menutup aurat dan berpakaian menjolok mata, maka Allah telah menyatakan bahawa :

“Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
An-Nur : 30

Allah telah memberi peringatan kepada wanita Muslim, juga kepada lelaki Muslim supaya menjaga batas-batas diri sendiri. Maka apabila setiap Muslim menjaga pandangannya dan peribadinya, kes rogol tidak akan berlaku – sekurang-kurangnya tidak kepada orang-orang Islam.

Mungkin kenyataan Sheikh Taj Aldin al-Hilali menyinggung perasaan wanita-wanita bukan Islam, namun mereka sebenarnya telah diberi peluang – al-Quran dan Sunnah sentiasa terbuka luas untuk didalami dan dipelajari. Tetapi apabila difikirkan kembali, khutbah ini disampaikan kepada 500 orang Islam, bagaimana wanita-wanita bukan Islam akan tersinggung jika mereka tidak menghadirinya? Sekadar pendapat saya – ternyata propaganda yang dilakukan berjaya menarik minat seluruh dunia untuk memandang serong Islam itu sendiri. Wallahualam.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home