Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Thursday, November 09, 2006

Bismillahhirrahmanirrahim


Di kampus, sepanjang perjalanan menuju ke lab, kelihatan dedaunan berguguran memberi petanda musim luruh telah bermula. Warga Saitama mula sibuk, cuba membiasakan diri dengan jadual semester baru yang bermula sebulan lalu. Saya pun sepatutnya semakin sibuk dengan final year thesis, tapi masih bersenang-senang seolah-olah masa yang tinggal masih banyak. Penat Kageyama Sensei menegur agar lebih berusaha, namun saya sekadar tersenyum-dan sensei mengeluh lagi untuk kesekian kalinya.

Alhamdulillah, syukur saya ke hadratNya kerana diberi merasai nikmat Islam dan Iman sehingga ke hari dan saat ini. Sesungguhnya tiada nikmat yang lebih besar dari nikmat Islam dan nikmat Iman itu sendiri. Dunia ini hanya sementara, dan manusia adalah musafir yang nyata sebelum tiba ke destinasi seterusnya. Musafir dalam mencari redha Allah Yang Satu.

Dalam meniti hari-hari dalam hidup saya, dalam sejuk musim luruh mencengkam diri, saya diberi peluang untuk mendalami satu lagi ilmu dari alam ini. Terima kasih pada sahabat yang sudi mengajar saya bagaimana untuk memulakan sebuah blog (kata penjodoh untuk blog:sebuah?) setelah sekian lama menyimpan hasrat ingin memilikinya. Semoga ini mampu menjadi permulaan berguna kepada saya. InsyaAllah.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home