Manusia hanya merancang ...
Hujan renyai-renyai mengingatkan alam, bahawa manusia hanya mampu merancang, dan Allah

Kembara saya masih belum bertemu titik akhir. Masih merayau-rayau mencari tempat persinggahan. Semoga Allah memberi petunjuk untuk saya membuat keputusan yang terbaik dalam hidup ini. Semoga segala cabaran yang mendatang, mampu saya hadapi dengan jiwa yang tenang. Dengan bantuan sahabat-sahabat, dengan izinNya, insyaAllah akan saya cuba bertabah hati.
Kata Awang Selamat - Awang kurang faham bagaimana pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris boleh mengakibatkan bangsa Melayu hilang identiti diri dan jati diri seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.(rujuk Utusan Malaysia, 12 November 2006)
Kata saya - Identiti bangsa Melayu itu, salah satunya adalah indahnya Bahasa Melayu itu sendiri. Jika setiap hari pelajar diberi ilmu dalam Bahasa Inggeris, maka hilanglah Bahasa Melayu yang menjadi jati diri mereka. Mengagungkan satu bahasa lain milik bangsa asing, sekaligus menanamkan perasaan kagum kepada bangsa asing dan malu dengan bahasa ibunda. Dan lahirlah kata-kata bijak pandai Bahasa Inggeris, `I sound stupid if I speak Malay ...`
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home