Kerdilnya aku!
"Kita mencari kedamaian, di mana kedamaian adalah cuaca kebebasan."
“We seek peace, knowing that peace is the climate of freedom.”
- Dwight D. Eisenhower
Rumah Tangga Bahagia
Oleh: Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta…
Diukir oleh intan permata
Tak kurang yang merasakan
Bahagia itu pada rupa…
Ditempa oleh wajah nan rupawan
Sesetengahnya berkeyakinan
Bahagia itu pada kemasyhuran
Dibaja dek gelar dan nama
Ramai juga yang merasakan
Bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
Pelbagai jalan menimbulan dilema
Mencari yang benar, mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu pada harta…
Kalaulah bahagia itu pada nama…
Kalaulah bahagia itu pada rupa…
Kalaulah bahagia itu pada kuasa…
Kenapa Charles dan Diana berpisah?
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah?
Kenapa Onasis dan Jackie bertelagah?
Rupanya…
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir, rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara di laut nurani
Bahagia itu pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu pada kesabaran…
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila sakit tak gundah
Bila gagal tak resah
Oh, suamiku, “Innalillah”
Bila kaya pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tak alpa
Bila sihat beribadat
Oh, isteriku, “Alhamdulillah”
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Firman Allah yang bermaksud :
“Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati.”
Suami isteri sama-sama mengerti
Maksud terseni takdir Ilahi
Itulah zikir yang hakiki!
Hatiku terlalu kerdil
kenapa Kau muatkan
duka terlalu besar
di dalamnya?
"Lihat" balasNya
"matamu lebih lagi kerdilnya
bisa melihat seluruh alam"
-Rumi-
Allah itu segalanya. Allahu Akhbar!
2 Comments:
(^_^)~
Salam ukhti..ana tgk, blog ukhti sgt bagus, rasa nk follow jea cuma byk aplikasi blog yg x dpasang.. klu perlukan bntuan ana, ana amat bbesar hati utk bantu... sila email @ ym ana di hurul_aien@yahoo.com . Ana sgt bbesar hati utk upgrade kn blog ni ^_^ Jazakillah..
http://qalamhazin.blogspot.com
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home