Bisikan
Saya baru mendapat satu berita yang seharusnya menggembirakan saya, namun perasaan itu telah saya hiasi dengan suudzhon (buruk sangka). Seorang sahabat akan melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat-nikah gantung. Dan saya mengetahuinya daripada seorang teman A yang mengetahuinya daripada blog seorang teman B. Sedangkan empunya diri tidak mengumumkan kepada teman sahabat handai. Sepantas jantung saya berdegup, sepantas itulah lintasan suudzhon itu hadir dalam diri saya. Berdasarkan situasi di atas, saya kira pembaca laman ini boleh meneka apakah sangkaan buruk yang melintasi hati saya ketika itu.
Sambil berperang dengan perasaan sendiri, saya cuba menolak lintasan-lintasan itu. Teringat kisah Shafiyah binti Huyai bin Akhtab - isteri Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ali bin Husain. Diceritakan, Rasulullah SAW pernah beri'tikaf di dalam masjid kemudian Shafiyah mendatangi baginda rasul dan berbicara dengannya. Setelah itu Rasulullah SAW menghantar Shafiyah kembali dan berpapasan dengan dua orang lelaki Ansar. Kedua orang itu terus berjalan laju seakan mengelak lantas dipanggil oleh Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW, "sesungguhnya ini adalah Shafiyah binti Huyai." Lantas keduanya berkata, "wahai Rasulullah, kami tidak berprasangka kepadamu melainkan kebaikan." Jawab Rasulullah SAW, "sesungguhnya syaitan mengalir pada peredaran darah tubuh anak Adam, dan sesungguhnya aku khuatir syaitan akan masuk pada kalian berdua."
Ya, suudzhon adalah salah satu daripada pintu-pintu masuk syaitan. Laa haula walaa quwwata illaa billah. Saya cuba ubatkan dengan dzikrullah kerana "sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya."(al-A'raf:201). Perlu saya sematkan dalam diri, syaitan itu tugasnya membisikkan was-was ke dalam hati manusia, dan letak duduknya juga dihati manusia. Hafiz Abu Ya'la al-Musoli meriwayatkan daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, "sesungguhnya syaitan meletakkan belalainya ke dalam hati anak Adam. Sekiranya dia mengingati Allah syaitan akan mundur. Sekiranya dia terlupa syaitan akan mengulum hatinya. Itulah bisikan syaitan yang sentiasa maju dan mundur."
Saya hampir-hampir tewas kepada syaitan (atau mungkin sudah tergolong dalam golongan yang tewas). Namun perlu diingatkan, dzikrullah sahaja tidak menjamin hati anak Adam itu terselamat daripada bisikan syaitan. Sepertinya untuk memakan panadol, kita dilarang mengambil tembikai, minuman bergas dan pantang-pantang lain. Umpamakan panadol itu sebagai dzikrullah dan berpantang makan itu adalah taqwa. Perlu menyediakan taqwa sebelum diisi dengan dzikrullah. Sekiranya terus diisi panadol dengan coke, panadol itu tidak mujarab malahan membawa kepada musibah.
Maaf sekali lagi kepada sahabat saya kerana berburuk sangka. Tahniah daripada tokkura, semoga perkahwinan ini dilimpahi rahmat dan barakah daripada al-Khaliq. Catatan kali ini adalah sebagai peringatan buat diri saya, dan ingin sekali dikongsi dengan pengunjung laman ini.
Hai sekalian kita yang kurang
nafsumu itu lawan berperang
jangan hendak lebih baiklah kurang
janganlah sama dengan orang
Amati-amati membuang diri
menjadi dagang segenap diri
baik-baik engkau fikiri
supaya dapat emas sendiri
~Hamzah Fansuri
(Petikan Syair Dagang)
Sesekali terfikir, adakah saya sedang berburuk sangka dengan sistem pentadbiran kerajaan sekarang, atau adakah saya berhak mempersoalkan kepincangannya dengan nama hak seorang rakyat? Semua orang sibuk berkempen di laman masing-masing. Demam pilihanraya semakin hangat. Agaknya sudah mencapai suhu 40 darjah selsius - melebihi suhu normal badan manusia.
Apa-apa pun, selamat berkempen daripada tokkura, dan selamat mengundi buat mereka yang sudah mendaftar! (tokkura termasuk dalam senarai pengundi hantu atas alasan sudah berusia melebihi 200 tahun, dilarang keluar mengundi.)
Rujukan :
1. Tazkiyatun-nafs (Menyucikan Jiwa) oleh Said Hawwa
2. Tafsir al-Munir Juz Amma oleh Dr. Wahbah al-Zuhaily
3 Comments:
assalamualaikum..
nice blog~なんとなくterasa jugak la.esp bab kapel2.
as u said...dosa semalam akan terus menghantui kita.
alhamdulillah saya dan die di beri petunjuk dr Nya.
mmm.. suudzhon itu biasa.. cuma bt berita kali ini harusnya dijauhi suudzhon itu.. doakanlah yg terbaik buat mereka. (alhamdulillah mereka sudah selamat) kadang2 apa yg terlihat di mata xsama dgn hakikat yg sebenar. :) semoga sama2 kita sucikan jiwa.. salam sayang buat tokkura.
Saudara/i anonymous menyebut 'suudzhon itu biasa.. cuma bt berita kali ini harusnya dijauhi suudzhon itu..', dan saya kurang setuju sedikit di situ. Harapan saya semoga suudzhon itu tidak dibiasakan dalam hidup kita. Bukan sahaja tentang perkara sensitif begini, apa-apa suudzhon pun tidak wajar berlaku.
Maaf kerana berterus terang, saya tersinggung dengan komen saudara/i anonymous. Kerana saya sedar kesalahan sayalah makanya saya menulis entri kali ini. Sahabat saya sebenarnya sudah lama bertunang, cuma saya sahaja yang tidak mengetahui kisahnya, kerana itu saya merasa bersalah teramat. Afwan sekali lagi di atas sangkaan buruk saya.
Untuk kali ke berapa, saya minta pembaca SILA TINGGALKAN NAMA untuk membuat sebarang komen. Saya menjadi seorang yang sensitif apabila dikomen oleh orang yang tidak dikenali.
Mungkin tokkura perlu limitkan komen kepada hidupan yang mempunyai nama sahaja (mengeluh).
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home