Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Tuesday, January 15, 2008

Bosan!!!

Bosan... atau lebih sesuai saya katakan pelik. Pelik bin Ajaib bin Hairan.

Pertamanya, bagaimana Malaysia sebuah negara yang menjadi negara pengeluar minyak, dan mempunyai syarikat gas dan petroleum antarabangsa - Petronas tidak boleh mengekalkan harga petrol dalam negara sendiri. Kata saya, Petronas sepatutnya menaikkan harga petrol yang dieksport, bukannya menaikkan (baca; mencekik) harga petrol dalam negara sendiri. Mungkin Malaysia tidak sehebat negara-negara pengeluar petroleum lain, tapi rasanya melampau apabila harganya naik menjadi-jadi. Kepada yang mengingati RF, teman saya yang pernah saya sebutkan dalam ruangan 'Bicara Kalam...' beberapa kali, dia sekarang bekerja di Ashgabat - sebuah negara pengeluar petroleum juga (di mana negara itu, sila jangan tanya saya). Apa yang ingin saya nyatakan cuma, di sana harga petrol cuma RM0.06/liter. Bermakna RM2.40 dah dalam 40 liter. Jadi, apa komen anda dengan harga petrol Malaysia?

Keduanya, bagaimana Malaysia sebuah negara pengeluar minyak kelapa sawit utama dunia boleh menghadapi krisis kekurangan minyak masak di pasaran. Kalaupun peniaga menyembunyikan minyak masak untuk menaikkan harga, kerajaan janganlah benarkan perkara ini berlaku. Keluarkan minyak masak banyak-banyak, supaya tidak berlaku krisis tak cukup minyak masak. Susah ke... susahlah kot ye. Sebab itu berlaku krisis tak cukup minyak masak (mengeluh).




Ketiganya, kenapa, kenapa dan kenapa teks sekolah tidak menyenaraikan karya SN??!!! Bukan bermaksud saya membenci penulis-penulis popular, tidak sama sekali. Cumanya saya merasakan alasan yang diberikan tidak relevan. 2008 baru sahaja bermula, 1429 Hijrah baru sahaja bermula, namun langkah Malaysia seolah menapak ke belakang. Benar, tidak saya nafikan karya SN mungkin sedikit berat, tetapi tidakkah isu yang diketengahkan itu perlu untuk membina modal insan yang cemerlang? Muhammad Iqbal pernah berkata; mereka didik anak singa yang berani itu menjadi kijang pengecut. Ya, itulah yang saya lihat terjadi kepada pemuda Malaysia. Negara terlalu takut untuk mendedahkan isu yang 'berat', maka lahirlah generasi 'tak pa'. Selagi mana diri sendiri bahagia, derita yang lain tidak perlu diambil tahu.

Bosan, ya bosan. Bosan dengan rentak tari Malaysia. Mungkin kalian ada jawapannya untuk kebosanan saya ini.


2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

minyak yang harganya mahal itu...crude oil or oil after process?

opec mengawal harga minyak dunia...tak sewenang2nya kita naikkan harga

kerajaan beri subsidi ke atas minyak.....sampai bila perlu subsidi ini?.......bila di beri subsidi....kita akan bergantung penuh padanya

pembelot negara menyeludup minyak ke negara sekitar.....negara lain mengambil kesempatan

penguatkasaan terlampau lemah...betol...dan tak betol....kalau saya peniaga...saya akan carik jalan juga...rasuah,ugut bunuh dan sebagainya

kerja kerajaan la...selesaikan masalah ni semua....tak semudah yang di sangka

ni pendapat saya....bukan niat nak betulkan sesiapa...sekadar pendapat

5:19 PM  
Blogger tokkura said...

erm ;

Ikhlas saya katakan, saya masih kabur dengan pendirian saudara/i erm. Adakah saudara/i menyokong pendapat saya, atau membangkang?

Apa sekalipun pandangan erm, pada saya harga minyak petrol Malaysia, LPG dan yang seangkatan dengannya wajar diturunkan. Kerajaan sedang memerah wang rakyat. Untuk pengetahuan pembaca laman 'Bicara Kalam...', sila rujuk Bagaimana mahu menurunkan harga petrol di malaysia?.

Sekadar pendapat peribadi saya.
Salam ukhuwah dari tokkura.

6:16 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home