Akankah kutemui lagi akh Marwan
Kisah ini saya petik dari blog seorang teman, 'Muharikah' . Sekadar peringatan kepada yang memahami.
Akankah kutemui lagi akh Marwan?
Insyarah duduk termangu sambil menanti menu pesanan di bawa kepadanya. Fikirannya melayang kosong. Kebiasannya Insyirah jarang membuang waktu sebegitu. Lantas dikuaknya kitab kesayangan di tangannya.
‘ Cukuplah jika hanya sehelai muka surat,’ bisik hatinya.
Setelah selesai bacaan khusyuknya mentadabburi ketinggian kalimah Tuhannya, lamunannya kembali menjelma, berterbangan di alam mindanya…
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Zahirah tersenyum malu di hadapannya. Tunduk tersipu-sipu..
‘ Ukhti, betul ke ni? Anti setuju ? Tidakkah terlalu awal ? ‘ Insyirah bertanya dengan wajah yang berkerut. Dia masih musykil dengan jawapan ukhtinya itu.
‘ Mengapa? Bukankah akak sendiri yang menyampaikankan lamarannya?’ Zahirah hairan terpinga-pinga. Di dadanya bergelojak perasaan tanda tanya yang pelbagai.
Insyirah menggeleng-gelengkan kepalanya. ‘Tidaklah.Akak cuma menyampaikan amanah akh Tariq. Dia mengatakan dia sudah bersedia untuk menikah dan ternyata dia memilih anti’.
Insyirah menarik nafas panjang lalu menyambung, ‘Kalau anti sudah bersedia, jangan risau. Anti pun sudah istikharahkan? Berserahlah pada Allah ya?’
….
‘Nasi goreng daging?’ teguran pelayan yang sopan dan anggun di Restoran Ala Kadar itu mematikan lamunannya.
Mengapa ya peristiwa itu mengganggu fikirannya? Dia sukar menerima keadaan itu.
Namun, pada fikirannya, bukankah lebih baik seorang akh itu memilih ukht yang lebih menuntut pernikahan itu dan sudah menanti begitu lama untuk menerima lamaran dari seorang pemuda yang memahami Islam dan mengikut tarbiyah sepertinya? Umpamanya Nuha yang sudah pun 27 ataupun kak Mira yang berusia 30 tahun? Mereka itu sanggup menolak lamaran calon ahli keluarga hanya kerana ingin berkahwin dengan seorang akh!
Sedangkan Zahirah baru sahaja berusia 19 tahun. Agak muda dan mentah dalam dakwah, namun itulah yang menjadi pilihan seorang akh yang dia kagumi, yang sudah lama bergelumang dalam dakwah. Insyirah mengeluh berat.Dia teringat akan perbualan zaujnya semalam dengan akh Tariq. Dia berasa geram dan sedikit jengkel dengan jawapan akh Tariq.
‘Anta biar benar syeikh…Mas’ul Anta ok ke. Ukht tu baru sangat. Masih umum. Ingat sikit syeikh menikah ni bukan sekadar memenuhi keperluan seorang manusia tetapi untuk keperluan dakwah juga syeikh….’ Lembut suaminya Zaid berkata-kata.
‘Afwan syeikh! Ana ingat prinsip itu. Ini semua adalah dalam rangka ibadah dan perhitungan kekuatan dakwah juga, InsyaAllah. Dengan memilih Zahirah , ana rasa ana akan lebih tenang beribadah dan lebih mantap pergerakan dalam dakwah. Ana takut nanti daripada nikah dengan orang lain ana akan tetap asyik teringatkan dia..’ Akh Tariq mempertahankankan keputusannya..
Waduh! Ucapan apakah itu dari seorang akh yang pernah dikaguminya dahulu? Yang aktif di medan kata-kata dan amal?
Akh Tariq meneruskan hujahnya lagi ’Ukht itu juga adalah seorang yang cerdas, memenuhi kriteria yang ana inginkan…’
’Bukan kerana dia cantik, syeikh? ’zaujku memintas.
‘Ala….itu fitrah syeikh. Normallah itu.Kitakan lelaki? Rasionallah syeikh..’ akh Tariq menjawab sambil tertawa kecil. Berharap keinginan lelakinya itu difahami oleh lelaki yang menjadi perantara antara dia dan bakal isterinya.
Dia mengakui keinginan fitrah manusia yang suka pada kecantikan dan keindahan. Setiap insan boleh memilih siapakah bakal ratu dalam rumah tangganya. Ya, mereka layak memilih. Namun sangat mengecewakan baginya bila ada seorang akh seperti Tariq yang nyata mengutamakan kecantikan fizikal berbanding yang lainnya. Cuma kriteria-kriteia yang lain adalah sekadar penambah. Yang menjadi pilihannya yang terutama adalah kecantikan pada Zahirah yang memang memukau pandangan, walau di mata wanita sekalipun. Zahirah merupakan anak kacukan Iran dan Melayu. Matanya coklat berkilauan. Pipinya lembut keputihan. Jika matahari memancar pada wajahnya, akan terserlahlah kemerahan di pipi dan bibirnya, menambahkan keperawanan seorang wanita. Dia mengaku Zahirah adalah orang yang solehah, namun padanya, ada berpuluh lagi akhwat yang menantikan pinangan seorang ikhwah. Mereka semua tidak kurang cantiknya, dan mereka telah bertahun-tahun dididik di bawah sistem tarbiyah yang syumul.
Insyirah benar-benar kecewa dengan realiti yang ada. Bukankah seharusnya orang seperti Tariq adalah mereka yang sepatutnya memilih isteri pertamanya berdasarkan kualiti agama, kemudian barulah pada kualiti-kualiti yang lain.Mengapa ini boleh berlaku?
‘Aih!Mengelamun ke,Puan Insyirah?!’ Satu panggilan menghentikan lamunannya yang panjang. Baru dia sedar nasi goreng daging di hadapannya masih belum disentuh lagi. Mastura ketawa kecil melihat gelagat sahabatnya itu.
‘Eh, takdelah Mas. Cuma terfikirkan karenah yang pelbagai di kalangan manusia ini.’
‘Pasal kes ikhwah yang memilih sangat pasangannya ke? ‘ Tepat sekali Mastura menebak. Dia tahu teman karibnya bergelumang dengan tanggungjawab yang tidak ringan.
‘Insyirah, tak baik kalau asyik terfikirkan sangat perkara itu. Sekurang-kurangnya mereka masih mahu memilih akhawat, bukan? ‘ Mastura memujuk. Namun reaksi Insyirah tidak menunjukkan dia mahu menerima kenyataan itu.
‘ Bukan begitu. Ana kasihankan akhawat kita yang masih lagi belum bernikah. Takkan kita mahu jodohkan mereka dengan calon yang bukan ikhwah? Hurmm, ana ada terfikir juga, macamlah ikhwah itu bagus sangatkan? Tak dapat ikhwah pun tak apalah. Mereka bukanlah yang terbaik di dunia ini! ‘ jawap Insyirah penuh emosi. Dia tahu kata-katanya itu berada di luar batas fikiran rasionalnya. Namun kadang-kadang realitinya begitu, Mustahil untuk mengahwinkan semua akhwat dengan ikhwah memandangkan bilangan ikhwah yang sedikit berbanding akhwat. Apabila dianjurkan poligami, ramai menolak. Maka akhawatlah yang perlu beralah apabila ketiadaan calon buat mereka. Ada yang terus meninggalkan dakwah lantaran suami yang tidak bersama-sama menceburkan diri dalam dakwah.
‘Abaikanlah apa yang ana kata tadi Mas. Lepas makan nanti kita pergi cari suami ana ye?’
………………
‘Bila anta nak nikah? Dah habis study dah.Sudah ada kemampuan. Kasihan akhawat menunggu,’ suara akh Zaid kedengaran di balik pintu yang nipis. Insyirah dan Mastura baru sahaja mahu mengetuk pintu bilik pensyarah muda itu sewaktu mereka terdengar perbicaraan itu berlangsung.
.
‘Biar dululah abang. Pada ana, kemampuannya belum ada. Masih takde 20k lagi. Tak boleh nak omong kosongkan?’ Balas satu suara yang tidak dikenal pasti. Mastura dan Insyirah berkira-kira siapakah pemilik suara parau itu.
‘Bukan macam itu. Pada anta, anta minat pada akhawat yang bagaimana?’
‘Kalau boleh bang, ana mahukan isteri seumpama Aisyah yang cantik dan cerdas. Bonus kalau dapat macam Khadijah yang ada bisnes dan boleh sara ana sambung masters! ‘ canda suara lelaki itu.
‘Yalah. Kalau boleh anta nak kedua-duanyalah kan? Hurmm.. tapi kita tak boleh terlalu banyak kriteria akh. Susah juga nak cari nanti.’ Balas akh Zaid secara berhemah.
‘Takpe bang. Ana yakin akhawat kitakan ramai. Mereka pasti tak tolak punya kalau ada ikhwah nak pinang mereka,’ jawap suara lelaki itu sambil tertawa.
Insyirah mendengar perbualan itu dengan perasaan geram dan mual. Dia tak sanggup berada di situ terlalu lama. Niatnya bertemu suaminya, Zaid dibatalkan. Lantas dia menarik tangan Mastura dan beredar dari situ
‘Mudahnya mulut mereka berkata-kata!!!’ Gertak hatinya sendiri. Terasa hatinya sedang panas membahang kerana kegeraman.
‘Belum tentu ada akhawat nak kalau ada hati macam itu! Tak sangkanya ada ikhwah berfikiran seperti itu’ Dia membentak lagi.
‘Insyirah? Anti ok? Merah muka anti ana tengok?’ Mastura menegur.
Insyirah hanya mampu menggeleng-geleng kepala tanpa menjawap. Dia tak mahu kerana kemarahannya dia memburukkan saudara seIslamnya sendiri. Biarlah dia menanggungnya sendiri
Fikirannya tiba-tiba teringat akan akh Marwan. Tersangat bagus peribadi dan sikapnya. Dia bukan sahaja menjadi sebutan dikalangan para siswi kerana kesolehannya, namun dia juga adalah seorang yang amat tampan. Pandang sekali tentu tidak puas. Terserlah aura anak keturunan Bugis dan Jawa dari kulit sawo matangnya. Misai dan kumisnya dijaga rapi. Rambutnya sentiasa disisir kemas walaupun dia kelihatan gemar berkopiah. Dia menjadi idola pada pelajar-pelajar asing di universiti luar negara di tempatnya menuntut. Dia cemerlang dalam pelajarannya dalam masa yang sama mantap dalam tarbiyahnya. Jawatannya dalam organisasi dan dakwah tidak terbilang. Dia menjadi tokoh dikalangan ikhwah dan dikagumi di kalangan akhawat.
Apabila tiba masanya akh Marwan untuk bernikah, ramai tertanya-tanya siapakah gerangan wanita bertuah yang menjadi permaisuri hati beliau. Ramai meneka tentulah pasangan hidupnya itu adalah orang yang secocok dan sepadan dengannya. Wanita yang turut menjadi dambaan para pria.
Namun ketika Insyirah menghadiri majlis perkahwinan akh Marwan itu, dia amat terkejut apabila melihat isteri akh Marwan adalah seorang wanita yang biasa sahaja secara fizikalnya. Dan dia mendengar isteri akh Marwan adalah 5 tahun lebih tua darinya. Pada wajahnya tidak ada kecantikan yang terserlah secara terang. Namun terbit cahaya yang menyenangkan bagi sesiapa yang melihat wajah wanita itu. Tentunya itulah cahaya kesolehan. Cahaya kecantikan yang dilihat oleh seorang lelaki yang sesoleh isterinya juga.
Insyirah yakin akh Marwan membuat pilihan itu atas dasar dakwah, atas dasar Islam berbanding selainnya.
‘Puan Insyirah!Mengelamun lagilah tu!’ Mastura mengejutkannya lagi.
‘ Ade lagi ke ikhwah seperti akh Marwan?’ Insyirah menjawab tiba-tiba.
Tercengang Mastura mendengarnya. Namun dia faham apa yang difikirkan sahabat baiknya.
‘Entahlah Insyirah. Ana sendiri ada beberapa kriteria dalam memilih calon suami ana sendiri. Ana inginkan bakal suami ana memilih ana kerana kualiti dalaman ana. Bukan kerana paras rupa, ataupun kecemerlangan dalam studi ataupun kerana jawatan yang ana sandang..Bukan sebab duniawi itu tapi kerana di atas sebab yang sama akh Marwan memilih isterinya.’ Mastura yang masih bujang itu menjawap.
Petang itu, Insyirah pulang ke rumah membawa hatinya yang berat. Dia mengeluh berulang kali sehingga ditegur suaminya yang prihatin.
‘ Abang, kenapa ada ikhwah yang memilih sangat ye? ‘Insyirah bertanya manja. Tak mahu suaminya terasa dengan soalan itu.
Akh Zaid melempar senyuman buat isteri tersayang.
‘Akhawat pun sama. Masih ada yang menilai dari sudut kebendaan. Seperti memilih calon suami yang stabil kedudukan kewangan misalnya, bukan begitu?’ suaminya pula bermain kata
‘Logiklah kan bang? Nak mencetak generasi bakal pewaris ummah yang lebih baik memerlukan dana yang bukan sedikit. Anak-anak mahu bersekolah, keperluan rumah, makan minum dan sebagainya. Kalau anak ramai lagi banyak duit perlu pakai,’ Insyarah berhujah, tidak mahu kalah.
‘Ok. Jangan macam itu. Tak boleh berhujah dengan emosikan? Pada abang, mungkin benar ramai ikhwah mempunyai kelemahan, tapi akhwat sendiri apa kurangnyakan? Ada juga akhawat yang belum lagi memenuhi ciri-ciri seorang isteri seperti pandai memasak, menjaga anak dan mengemas rumah. Maka kena sama-sama perbaiki kelemahan itu bukan? ‘ Lembut akh Zaid memujuk isterinya. Dia sendiri pening apabila ditugaskan memegang amanah sebagai AJK Baitul Muslim. Terlalu banyak karenah manusia ini.
Pada Insyirah, dia sudah tidak ada jawapan pada persoalannya. Makin difikirkan, makin berat kepalany Yang pasti dia amat meyakini..sukarnya di zaman ini untuk mencari ikhwah seperti akh Marwan.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home