Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Friday, November 09, 2007

Sekiranya saya di Malaysia..

Sekiranya saya berada di Malaysia esok, 10 November 2007 - adakah saya akan menyertai perhimpunan 100k rakyat di Dataran Merdeka esok? Menarik juga ya.. Sebuah perhimpunan yang akan mencatat satu tarikh baru dalam sejarah Malaysia.

Yang saya pelik, kenapa Polis Diraja Malaysia sangat sukar memberi permit perhimpunan aman kepada BERSIH. Alasan; BERSIH bukan sebuah persatuan berdaftar. Bukankah demokrasi membenarkan sesiapa sahaja melakukan perhimpunan aman menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati mereka? Lagipun Yang Dipertuan Agong baginda sendiri telah memberi perkenan untuk menerima memorandum dari wakil BERSIH. Pening dengan demokrasi Malaysia. Amerika lagi bersikap terbuka rasanya. Sia-sia Malaysia menawan angkasa tapi tidak boleh bersikap terbuka dengan suara rakyat.

Berdebar-debar menanti esok hari, adakah kepincangan pentadbiran demokrasi Malaysia akan menjadi tayangan seluruh dunia. Namun, doa saya semoga perhimpunan aman BERSIH esok berjalan lancar. Berhati-hatilah sekiranya anda berniat untuk menyertai perhimpunan esok.


Di sini saya sertakan link dari Malaysia-Today kepada mereka yang akan menyertai perhimpunan esok. Semoga kejadian di Batu Buruk tidak akan berulang pada perhimpunan esok.'Panduan bagi peserta Himpunan 100k Rakyat'

1 Comments:

Blogger iQbAL said...

keje polis menjage keamanan... tapi polis kite menghalang keamanan.. polis malaysia tak BERSIH!

3:21 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home