Salam Aidilfitri
Kata RF, "jom borak pasal life". Saya pula kembali bertanya, apa yang dimaksudkan dengan life? "Perkara biasa berlaku seharian, namun manusia tidak sedar melakukannya - belajar, kerja, makan, dan lain-lain." Saya hampir mengangguk mengiyakan kata-kata RF, kemudian saya terfikir; itu sahajakah life saya? Jika begitu, senangnya hidup ini. Berertikah life saya dengan hanya melakukan perkara rutin sebegitu? Entahlah..
Ini bukan topik utama yang ingin saya utarakan dalam entri kali ini. Entri kali ini sekadar hanya melepaskan rindu kepada 'Bicara kalam...'. Sambil membebel apa sahaja yang terlintas di akal dan saya cernakan dengan hati dihantar ke jari. Kiranya, topik kali ini adalah - membebel sesuka hati anda. Contohnya seperti, bagaimana suasana berhari raya di kampung? Gembira, seronok, puas hati, dan... (apa lagi yang patut saya tulis menggambarkan perasaan saya ye?). Kesimpulannya, saya gembira berhari raya di kampung.
Namun, saya juga masih terasa kekosongan di pagi raya. Tiga tahun saya berhari raya dengan teman-teman. Bangun pagi-pagi, bergegas berkumpul di pekarangan Saitama University International House sebelum bertolak ke Kedutaan Malaysia di Shibuya dengan kereta. Saya rindu suasana itu. Tapi tidak mengapalah, saya punya keluarga yang sudah tiga tahun tidak berhari raya bersama saya. Aidiladha nanti kita berhari raya bersama ya! InsyaAllah.. (Ucapan saya tujukan kepada warga Saitama University.)
Gambar warga Saitama University di Kedutaan Malaysia Shibuya pada 1 Syawal 1428 Hijriah. Gambar diambil sebelum semuanya mula berebut ke tandas. Saya tumpang simpati kepada semua yang hadir ke Kedutaan Malaysia, yang terlibat dalam insiden yang kurang menyeronokkkan itu. Ada hikmah saya pulang berhari raya di kampung tahun ini. Alhamdulillah.
Gambar tokkura dan famili di kampung? Ermm.. rasanya tidak perlu saya 'publish'kan di sini. Kami tidak punya baju baru pun. Sekadar mem'polish'kan kembali cengkerang yang sudah lama ditumbuhi lumut. Terima kasih kepada cicitkura kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk menggilapkan cengkerang saya, maklumlah sudah tiga tahun tidak membersihkan cengkerang sendiri.
Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin, ucapan dari tokkura sekeluarga.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home