Retaliasi pejuang
Retaliasi Pejuang
Mencari erti pada diri
bertemu pada Yang Hakiki.
Ditanya tanggungjawab abdi
Shahadah yang Haq pada hati
Tertunai,
terlangsai sudah?
Menanti kewujudan Abu Bakar,
Umar, Uthman dan Ali.
Cukuplah teguhnya iman
di dada mereka, menjadi saksi
Pembimbing diri.
Usah diharap lagi
pada kemunculan al-Fateh
lagi, pada Tariq pemberani
kehebatan Salahudin al-Ayubi
untuk mengatasi
kebobrokan Islam siyasi
tsaqafi, dan tabrawi.
Masih menunggu? Lahirnya
mujaddid baru
pengganti al-Banna
sealim Syed Qutb
Sebijak al-Maududi.
Terlambat
amat, amat sekali lewat!
Kenapa tidak kita
kenapa tidak saya
kenapa tidak awak sahaja
yang menghapuskan korupsi
melenyapkan kuku besi
membina kembali empayar Islami.
Ayuh, serulah sahabatmu,
Lekas, bangkitkanlah semangatmu,
Biar kali ini
kita yang menjadi
Pejuang Muhammad.
tokkura
Ramadhan 20, 1428H
Kopo Hara Giwa
1 Comments:
Assalamualaikum...
Salam ukhwah dari tini di yamaguchi.
nak mintak kebenaran ayuni untuk copy puisi pejuang Muhammad tu di laman saya ;)
http://ainnurhuda.multiply.com/
Good luck buat yuni, memang berbakat besar. Moga terus istiqamah dan terus teguh di jalan dakwah ini.
Nice to meet you ^_^
selamat maju jaya ;)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home