Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Tuesday, August 07, 2007

Lara pantai

Musim panas mula menunjukkan belang yang sebenarnya. Suhu sekitar hari ini mencecah ke 34 darjah selsius. Malah dijangka akan mencapai 36 darjah selsius Khamis nanti. Panas? Ya, teramat. Tapi saya lebih gemarkan musim panas dibandingkan dengan musim sejuk. Musim panas bererti festival, firework festival, pantai, camping, hiking dan sebagainya. Pelbagai aktiviti boleh dirancang. Bagi saya, musim panas memberi makna pantai dan angin.

Saya mendapat jemputan untuk berpiknik di pantai daripada sahabat-sahabat universiti semasa undergraduate dahulu. Keinginan untuk ke pantai meluap-luap, tetapi ternyata Allah punya perancangan lain untuk saya. Saya redha, malah bahkan saya bersyukur! Kenapa? Kenapa ya.. Jawapannya biarlah saya simpan sendiri.

Dan semalam, untuk menenangkan hati yang sedikit lara, saya melangkah ke Odaiba Kaihin Kouen (Odaiba Marine Park). Saya jadi resah kerana seminggu yang lepas saya hanya sekadar menghabiskan masa dengan sia-sia, sekadar menonton drama Jepun dan Korea sahaja! Tiada buku, tiada karya, tiada ilmu yang menerjah akal saya minggu lepas. Mulanya saya pelik, kenapa saya rasa serba tidak kena. Setelah 2 jam termenung menghadap pinggir pantai dan disapa angin musim panas yang kering akhirnya saya memahami kekosongan hati saya selama seminggu yang lepas. Saya dahagakan sesuatu yang ilmiah.

Penat termenung, saya belek-belek 'La Tahzan : Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia' di tangan, kemudian melihat ikan-ikan melompat dari permukaan laut. Terfikir, adakah Odaiba Kaihin Kouen dicemari parasit seperti "trichodina", "nematod" dan "monogenean" yang wujud di perairan Selat Tebrau yang mampu mendatangkan penyakit serta kematian terhadap ikan. Namun fenomena ikan melompat juga adalah satu fenomena semulajadi yang sering berlaku apabila ikan di permukaan dasar (pelagik) biasanya melompat apabila diserang ikan pemangsa (semi pelagik) ataupun mengalami kejutan yang menunjukkan respon untuk melompat apabila berlaku pergerakan dan perubahan suhu pada plankton.

Sekadar pengetahuan am semua, sekiranya ikan-ikan diserang parasit, pergerakan ikan-ikan menjadi tidak tentu hala, dan pergeselan ataupun sisik tertanggal akan berlaku terhadap ikan-ikan. Apa-apa pun saya mendoakan moga ikan-ikan itu berlompatan kerana kegembiraan bukan kerana kesakitan kerana saya tumpang gembira melihat mereka saling berlompatan.


(Foto : Odaiba Kaihin Park jam 6:45 petang menggunakan kamera telefon mudah alih dengan 2 Megpix)


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home