Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Wednesday, September 05, 2007

Cinta seperti ....

Berada dalam lingkungan mereka yang berusia awal 20an, pelbagai cerita berkisar cinta menjadi topik utama mungkin. Malah, beberapa teman sudah mula menjejakkan kaki ke alam perkahwinan. Tahniah dari tokkura, dan semoga kalian sentiasa menjalani alam rumahtangga yang barakah.

Kata saudara Hafez Iftiqar (seorang dari ahli grup karyawanluarnegara) di dalam blognya, 'cinta adalah sekelompok tahi'. Saya mungkin tidak akan menggunakan perkataan sebegitu, namun tidak pula saya tidak bersetuju dengan kenyataan yang ditulis saudara Hafez Iftiqar. Malah saudara Hafez Iftiqar juga telah menambah dalam kenyataaannya, 'cinta adalah seperti mengorek punggung'. Anda bacalah sendiri kata-katanya. Keji, marah, terhina atau terasa seperti diprovok? Anda lebih memahami istilah cinta pada diri anda. Di tahap manakah anda?

Bagi saya, cinta adalah seperti seorang kanak-kanak yang gembira bermain kahwin-kahwin sewaktu kecil dahulu. Apabila anda terbangun di waktu pagi hari, anda merasa gembira kerana punya janji dengan kawan untuk bermain kahwin-kahwin hari ini. Bergegas berpakaian cantik dan segera ke taman. Anda punya 'pasangan' anda, dan mula berangan untuk melakukan majlis persandingan dan sebagainya. Mula membina pinggan mangkuk plastik buat dijadikan alatan pinggan mangkuk rumah yang sebenar. Pura-pura gembira dengan menuang air atau memasak. Menunggu 'pasangan' anda pulang dari bekerja, dan sebagainya. Namun anda lupa, itu hanyalah anganan dan khayalan semata. Anda lupa pinggan mangkuk itu hanyalah plastik sahaja. Menjelang petang, anda akan dipanggil pulang ke rumah. Untuk menyiapkan homework yang terbengkalai kerana anda keluar bermain, dan untuk meneruskan solat yang anda tinggalkan kerana terlalu asyik bermain. Ya, anda punya tanggungjawab lain yang lebih besar untuk dilaksanakan. Sebagai seorang manusia, anda masih perlu meneruskan hidup dan tidak wajar anda lupa, anda punya Tuan yang sedang menunggu anda melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi ini. Sudah selesaikah segala tanggungjawab anda sehingga anda punya banyak masa luang untuk bermain kahwin-kahwin?

Cinta itu dianugerahkan kepada setiap insan. Tidak wajar anda cemarinya dengan perbuatan seperti mengorek ..... , jua tidak wajar disamakan sebagai t***. Kemudian anda akan berkata, hanya mereka yang pernah bercinta akan memahami perasaan mereka yang bercinta. Makanya saya tidak punya hak untuk menghentam anda. Ya, mungkin anda benar! Namun saya juga manusia, punya rasa hati untuk menyayangi dan disayangi. Cuma yang saya minta, jangan kotorkan anugerah cinta itu. Pesanan dari saya yang (kata kamu) tidak pernah mengenal istilah cinta. Sayangilah diri kamu.

Sesungguhnya dosa lalu akan menjadi satu igauan ngeri.



**Tahniah dari tokkura kepada saudara Amir Muslim yang akan melangsungkan majlis perkahwinan pada 6 Syawal nanti.



2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum tokkura. begitu menarik penulisan kali ini. saudara hafez iftiqar merupakan kenalan ana dr bangku sekolah. dan ana tahu gaya penulisannya. hasil karyanya bisa membuat orang setuju atau tidak setuju. tp bg ana, penggunaan istilah "cinta adalah sekelompok tahi" dan "cinta adalah seperti mengorek punggung" itu hanyalah perumpamaan berdasarkan kes yang diceritakan terlebih dahulu. mungkin agak kelihatan kasar tetapi bila difikirkan ia adalah suatu perumpaan yg boleh diterima tapi berdasarkan penerimaan individu. apa2 pun, both (tokkura n hafez iftiqar) did well in your blog. keep it up. wallahu'alam..

12:09 PM  
Blogger tokkura said...

Wsalam saudara/i anonymous..
Terima kasih atas sokongan saudara/i. InsyaAllah akan cuba yg terbaik.
Menunggu komen lain dari saudara/i. Mungkin saudara/i boleh tinggalkan sekurang-kurangnya nama pena.
Salam ukhuwah dari saya.

5:27 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home