Sekiranya saya di Malaysia..
Yang saya pelik, kenapa Polis Diraja Malaysia sangat sukar memberi permit perhimpunan aman kepada BERSIH. Alasan; BERSIH bukan sebuah persatuan berdaftar. Bukankah demokrasi membenarkan sesiapa sahaja melakukan perhimpunan aman menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati mereka? Lagipun Yang Dipertuan Agong baginda sendiri telah memberi perkenan untuk menerima memorandum dari wakil BERSIH. Pening dengan demokrasi Malaysia. Amerika lagi bersikap terbuka rasanya. Sia-sia Malaysia menawan angkasa tapi tidak boleh bersikap terbuka dengan suara rakyat.
Berdebar-debar menanti esok hari, adakah kepincangan pentadbiran demokrasi Malaysia akan menjadi tayangan seluruh dunia. Namun, doa saya semoga perhimpunan aman BERSIH esok berjalan lancar. Berhati-hatilah sekiranya anda berniat untuk menyertai perhimpunan esok.
Di sini saya sertakan link dari Malaysia-Today kepada mereka yang akan menyertai perhimpunan esok. Semoga kejadian di Batu Buruk tidak akan berulang pada perhimpunan esok.'Panduan bagi peserta Himpunan 100k Rakyat'
1 Comments:
keje polis menjage keamanan... tapi polis kite menghalang keamanan.. polis malaysia tak BERSIH!
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home