Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Tuesday, November 13, 2007

Mereka ...


Foto oleh Wan Zahari Salleh


Saya terfikir, dalam hampir ribuan bilangan anggota Polis Diraja Malaysia dan pasukan FRU yang menghalang berlangsungnya Perhimpunan Aman 10 November lepas, tidakkah terlintas dihati mereka untuk menyertai Gelombang Kuning itu? Tidakkah wujud rasa ketidakpuasan hati walau sedikit seperti peserta barisan Gelombang Kuning?Sehingga sanggup melepaskan gas pemedih mata tanpa sebarang amaran dan juga menyemburkan air kimia kepada rakyat yang seharusnya di bawah lindungan mereka.

Mungkin mereka redha dengan kehidupan mereka sekarang. Tiada sebarang komplen. Atau, tidak komplen kerana tidak redha dibuang kerja nanti sekiranya menentang. Wallahualam. Kepada pasukan Polis Diraja Malaysia dan FRU, saya tidak sama sekali menyalahkan anda.

Kalian pembaca, fikirkanlah sendiri kesan dari terlakarnya satu sejarah baru mengulangi perhimpunan 1998 dahulu. Apakah kaitannya..


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home