Coretan tidur
Pun begitu, saya terlepas untuk hari esok namun kerja itu masih perlu diselesaikan. Malahan mungkin ada perkara lain yang akan terjadi.
'Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu iaitu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.' (al-Furqan : 2)
Kadang-kadang, apa yang menggembirakan kita tidak bererti kebaikan buat kita. Uwaa... takutlah pula tiba-tiba. Setiap perkara ada hikmahnya, tetapi hikmah itu adalah suatu hikmat ghaib yang amat mendalam dan mungkin tidak ternampak kepada pandangan manusia yang lemah.
'Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan Allah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.' (an-Nisa' : 19)
Eyh..apa kaitan dengan coretan asal tadi? Peduli saja, walaupun gembira dengan perjumpaan yang dibatalkan - saya tidak harus cepat teruja. Kerja tidak akan selesai dengan masa tambahan kalau tiada usaha!
Tidur dulu, sekadar coretan sebelum tidur. Oyasumi nasai pada semua.
"Rujukan Muqaddimah Fizilalil Quran, Syed Qutb."
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home