Tahniah kepada Kita!
"Inilah antara buku-buku yang saya tak minat nak baca. Banyak sangat mesej nak disampaikan. Malas nak berfikir."
Sudah saya agak, itu ayat yang bakal keluar dari mulut adik saya. Malahan ketika dia bertanya, drama Jepun apakah yang menarik dan saya mencadangkan beberapa drama yang bersifat realistik masyarakat, ditolaknya mentah-mentah. Akhirnya, drama Korea juga yang menjadi pilihannya - drama yang menceritakan kisah cinta orang kaya dan miskin, cinta terhalang dan sebagainya yang akhirnya semua orang tahu, hero dan heroin tetap akan bersatu. Drama yang nyata tidak berpijak di bumi yang nyata. Yang jauh daripada kebenaran apa yang sedang bergolak dalam masyarakat sekarang.
Saya penat, sedih, ngilu dan sebagainya. Adik saya, bakal seorang guru sekarang berumur 22 tahun, masih sibuk dengan kisah dongeng cinta yang tidak berkesudahan. Ibu saya, seorang guru, juga mempunyai minat yang sama. Ha ha.
Bukanlah saya mengatakan saya seorang yang amat sensitif dengan masalah dunia. Cuma saya kesal dengan mentaliti remaja sekarang. Mungkin ini kesan penggubalan AUKU oleh Tun Dr. Mahathir bagi menyekat seorang aktivis pelajar, Anwar Ibrahim yang sibuk membela nasib petani di Utara Malaysia dulu-dulu. Pelajar tugasnya hanya untuk belajar dan mendapat ijazah. Masalah negara, masalah dunia, hanya setelah graduasi. Makanya bagi mengisi lapang di kampus, silalah anda berkasih-kasihan, menonton cerita-cerita kasih, membaca bahan kasih-kasihan, dan sebagainya.
Pedih hati saya ditambah dengan perahan air limau pasca desas-desus yang karya SN tidak akan dimuatkan dalam teks KOMSAS. Benar atau tidak, wallahualam. Dari laman blog NHH, FT dan lain-lain, satu tindakan akan dibuat berkenaan hal ini. Malah A Samad Said juga telah bertindak bagi menjaga masa depan bahasa (baca juga; masa depan mentaliti remaja). Pak Samad telah mengisytiharkan bahawa dia bukan lagi seorang SN, cuma seorang mantan SN. Kata Pak Samad, penulis tidak hanya membangkang melalui penulisan, perlukan tindakan. Saya? Maaf kerana tidak berdaya, cuma yang pasti saya tetap akan menyokong kedaulatan bahasa.
Semalam saya berborak dengan apun. Kredit kepada apun kerana aktif dalam menghasilkan pelbagai karya walau katanya ramai yang membangkang kerana apun menggunakan bahasa Melayu campur rojak sesuka hati dia. Pun begitu, sekurangnya apun tahu apa yang perlu dia sokong, apa yang diperlukan dalam hidup berbanding drama korea dan novel-novel tipikal. Tidak pula saya tahu kalau-kalau apun juga kaki Korean. Ha ha. Tidak salah, saya juga minat anime Jepun. apun punya bakat untuk bersuara lantang menghentam mereka yang tidak mahu ambil peduli tentang bahasa kita.
Tahniah kepada barisan 'bekas guru' yang membuat keputusan tentang teks KOMSAS ini ;
Dengar, dengar. Masih belum pekak!
Hei Brother Mar - lucu, lucu, lucu!
Kita jadi kedekut kepada anak cucu;
hampir kita tutup sebuah jendela ilmu
konon untuk mengasuh warisan berdiri,
maklum kita sendiri sudah amat menjadi.
Menjadi? Kita akan menjadi bangsa membina
kilang cawat dan coli atau pasti
menjadi pendatang di serambi sendiri.
(A Samad Said - Dialog antara Jambatan Setinggan II)
Kemudian, ada pula kisah di Genting Gaza. Mungkin ramai yang tahu, dan peduli. Tapi masih ramai yang tahu, tetapi tidak mahu ambil tahu - itu kisah negara mereka, Malaysiakan negara merdeka tiada peperangan. Woo... merdeka pada mata (segelintir)remaja Malaysia hanyalah sebuah sambutan di Dataran Merdeka, di KLCC dan yang sewaktu dengannya. Selagi mana rakyat tidak mempunyai kebebasan bersuara (baca; kebebasan mengundi), kebebasan badan kehakiman (sila abaikan kisah Lingam, Altantuya dll itu) dan lain-lain, maksud perkataan 'merdeka' dalam Kamus Dewan perlu diubah.
Perihal sekatan bahan api, makanan dan ubat-ubatan di Genting Gaza oleh Israel, kata-kata cik Mira Zinnera beberapa hari lalu benar membuatkan saya kekaguman.
"Hari ini kita mendengar kisah keperitan mereka di Gaza, kita cuma mampu bersimpati, paling hebat kita cuma mampu berdoa. Moganya pedih yang kita lalu hari ini - tidak mampu bertindak saat saudara di Palestin didera, tidak dilalui oleh bakal anak cucu kita esok hari. Moga saat itu nanti, simpati itu mampu membuahkan tindakan. Anak cucu kita nanti mampu untuk menggerakkan briged-briged yang wujud untuk menghapuskan Zionis laknatullah itu. Islam tidak hanya kekal membantah di konferen OIC, di surat-surat memorandum. Seperti kata Asad Filistiniyyun - Dr. Abd Aziz Rantisi ; kekejaman mereka Zionis hanya boleh dibanteras dengan kekuatan jihad."
Ya, pedih dan sedih dengan masa depan Islam.
Panjangnya saya membebel. Kepada apun dan Mira Zinnera yang mungkin akan membaca entri kali ini, sungguh saya bangga punya junior seperti apun dan Mira Zinnera. Sebuah sajak dedikasi buat apun dan Mira Zinnera ;
Ia menjadi suara yang ingin bermaruah
dalam hajat kita yang luhur.
Ia adalah mercu mimpi yang bening,
mengenyit dari jauh, mengerlip dari dekat -
ia menyatakan pencapaian tulus satu bangsa
yang bergolak bangun dari gelora dunia
dengan tangannya sendiri. Ia, demi warisan,
adalah rindu angin yang mengejar dan
mengucup dari sejarah abad ke celik alaf.
Ia visi pemimpin yang ingin bercakap kepada dunia
bahawa dari pesta biasa bangsa kecil juga bermaruah.
(A Samad Said - Di Sisi Menara)
Entri menarik berhubung kisah Palestin, ulasan oleh Zaatil Iffah di sini.
4 Comments:
entry yg menarik minat ana untuk titipkan komen. ana juga tumpang bangga krn punyai kohai seperti mira zinnera n apun:) Moga satu hari kita mampu bertindak dan bukan sekadar melihat atau berimaginasi cuba merasai kepedihan mereka, saudara seislam kita di Gaza, Palestin dan mana2.. Moga kita bisa menguatkan barisan tentera. kita harus didik diri untuk sggp menjadi tentera yg berani mati. bukan tentera yg berjuang demi harta dan pujian.. ayuh mengorak langkah..Moga Allah berikan kekuatan dna kesempatan pada kita untuk melihat Islam kembali tertegak wpun hanya di satu negara maupun satu dearah ataupun hanya satu kampung..
wallahu'alam..
Heavy reading (as being defined by the mat salleh) atau bahan bacaan ilmiah.
Buat diri saya yang sangat 'rajin' membaca. Zaman remaja melaburkan duit pada komik,dan pada zaman universitinya tidak pernah membeli walau sebuah buku teks.
Buat diri saya yg sangat 'prihatin'. Cerita dunia? cerita umat Islam seantero dunia? saudara seislam saya di Palestin? Sungguh, saya cuma seekor small fry yang hanya mengambil tahu dari jauh (tp tidak mampu dan tidak pernah membuat apa2). dan terima kasih cik anonymous kerana mengingatkan
Buat blog owner? keep up the good work. Semoga saya sekurang-kurangnya updated dengan membaca post2 berilmiah anda. Wishing u all the best for 2008. Semoga anda berjaya capai impian anda tahun ini (amin...)
Kind Regards
Budak kelas gamma itu
anonymous;
Terima kasih utk sebuah ingatan.
(Saya lebih suka saudara/i meninggalkan sebarang nama selain anonymous setiap kali meninggalkan catatan.(^^)/)
Budak kelas Gamma itu;
Jazakallah utk pujian itu.
sekarang encik apun tahu kenapa blog dia melepasi 50pelawat semalam. (abaikan).
dalam insomnia, saya bermimpi. saya ber"mimpi", satu hari, orang Palestin akan salahkan saya, sebab biarkan orang jepun begini sahaja.
kalau, budak sastera luar negara lain sibuk dengan Palestin. kita patut sibuk berdoa. tapi, dalam masa yang sama, (fikir saya) kita patut memperjuangkan dunia yang kita sedang berdiri (jepun).
baca dan fahamkan posting "kamu sengal". walaupun saya tahu AYUNI sakit mata dengan bahasa di situ.
kita tak mampu bertindak untuk Palestin, kecuali dengan doa. tapi pasti, mampu sahaja kita bertindak untuk selamatkan beberapa (sekurangnya seorang) di sini.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home