Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Monday, April 28, 2008

Kepingin ke Andalusia II

Sudah beberapa tahun saya memendam perasaan untuk melancong ke Andalusia. Melihat kesan tinggalan Islam di Cordova, mengimbas kembali kegemilangan kita di Alhambra dan merasa semangat Tariq di Jabal Tariq (Gibraltar). Namun banyak perkara yang menghalang, terutamanya masa.

Teman selaboratory saya - Ide akan ke Spain untuk menghadiri Computer Assisted Radiology and Surgery (CARS 2008) Conferens di Barcelona Julai nanti. Dia merancang untuk melancong ke Spain beberapa hari memandangkan konferen hanya akan mengambil masa selama satu hari sahaja. Lagi menyakitkan hati saya, semua adalah di bawah tanggungan universiti atas alasan dia ke Spain untuk urusan universiti.

Impian untuk ke Andalusia makin kuat. Sehinggakan saya sudah mula berkira-kira bilakah saya lapang untuk ke sana. Mungkin Ogos adalah masa yang paling sesuai. Jika thesis saya berjalan lancar, harusnya saya punya sedikit masa lapang. Waa... teramat merindui semangat Tariq!

Ada sesiapa mahu ikut saya ke Andalusia, Spain?

tokkura sedang berada dalam kemurungan yang agak teruk



4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

nak ikut gi spain...tapi...

cuba nak bagi semangat tapi rasa macam tak kena sbb mmg mudah memberi nasihat tp kita tak akan dapat rasa apa yg org lain rasa. cuma seseorang pernah berkata dalam dunia ni takde benda yang tak boleh. cuma tak dibolehkan(oleh Allah) atau tak nak. kalau kita makan babi pun bukan tak boleh, cuma Allah larang dan kita pun tak nak buat. bila tak berjaya, tak bermakna tak boleh, itu cuma belum boleh. jadi masih ada ruang utk menjadi boleh.(ayat aku berbelit ke?)

insyaAllah, Allah will give us the best coz He knows

9:17 PM  
Blogger Cik Hana said...

kak yuni nak ikut!!!!!!!!!!!! jom2.. kak yuni belanje pegi andalusia!! jom2! ogos ek.. okes.. masuk schedule

8:32 PM  
Anonymous Anonymous said...

SALAM ZIARAH DARI DUBLIN.. JEMPUT2 LA SINGGAH MY BLOG.. :)

2:27 PM  
Anonymous Anonymous said...

salam....sy ni sedang buat research mengenai alhambra..nak g sendiri ke spain xckup burget...jadi di sini sy nak mintak tolong sikit la,mungkin ada perkara yg saudara lebih tahu mengenai alhambra..boleh kita kongsi2..atau kwn saudara yg pernah g tu boleh membantu research sy ni..sila hubungi sy di alamat email ni..nurul_hidayah26@yahoo.com..sy amat memerlukan bantuan saudara n the geng

9:10 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home