Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Tuesday, November 14, 2006

::Sakit ringan::

Hai orang-orang yang mempunyai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu.
Al-Fajr : 27-30

Sejak dua minggu kebelakangan ini, saya semakin sibuk. Masa untuk menyiapkan kerja di lab pun semakin berkurangan. Siang penuh dengan aktiviti, bergerak ke sana sini, malam pula meskipun tidak banyak kerja, tetapi minda saya tetap tidak boleh berehat dengan tenang. Terlampau banyak perkara yang perlu saya fikirkan dan menyebabkan hormon-hormon saya tidak stabil. Sehinggakan keputusan medical check up saya, menunjukkan keputusan yang kurang memuaskan. Belum lagi ditambah dengan kadar penglihatan mata. Hampir-hampir saja tidak diluluskan doktor, terpaksalah buat cermin mata baru agaknya.

Agaknya sakit saya ini lagi parah dari Tun Dr. Mahathir ye? Ye la, pihak media selalu saja melaporkan kesihatan Dr. M dengan ayat yang saya sendiri sudah jemu mendengar/membaca - Dr. Mahathir yang mengalami serangan sakit jantung yang ringan, atau dengan ayat Dr. Mahathir kelihatan lebih sihat dan gembira. Sihat saja Dr. M, usah risaukan kesihatannya(tapi sewaktu serangan jantung ringan itu, Dr. M terus dimasukkan ke Institut Jantung Negara, kemudian selepas keluar dari IJN, Dr. M masih perlu menjalani fisioterapi). Alamak, saya terlebih berceloteh ke? Baik risaukan kesihatan saya sendiri ye.

Sebenarnya saya tiada idea pun mahu menulis apa, pedulikan saya. Biarkan saya berceloteh seorang diri. Biarkan Tokkura bercerita sesuka hatinya, walau tiada cucu-cucu yang mahu mendengar. Janji Tokkura bahagia.

** Mendoakan semoga Dr. M cepat sembuh. Kecewa kerana tidak dapat melihat sandiwara Dr. M dengan Pak Lah di Perhimpunan Agung UMNO disebabkan Dr. M telah diserang sakit jantung yang ringan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home