Indahnya mereka
mekanikal, kelihatan beberapa pohon telah mula mengeluarkan kuncup-kuncup bunga kecil, merah juga putih. Menyatakan ke seisi alam, musim bunga telah mula menjengukkan diri meski suhu persekitaran masih menurun ke 6 atau 7 darjah selsius di waktu malam. Kagum merenung kuntum-kuntum kecil yang berani menjelmakan diri, sedangkan helaian daun pertama masih belum berani berputik menentang kesejukan alam. Berani meredah kesejukan sekitar untuk menjadi bunga pertama berkembang awal musim bunga tahun ini.Namun, bagi saya, tidak semua bunga perlu membuktikan diri kepada alam, bahawa diri ini bisa menjadi yang terbaik, berkembang menjadi kelopak yang cantik. Beranggapan bahawa yang cantik akan sentiasa dipandang dan dipuji. Kerana yang cantik dan berkembang awal, pasti gugurnya juga awal menjelang kedatangan musim panas nanti. Bunga itu indah, wanita itu juga indah. Sifatnya sama, indah dipandang, menyenangkan sesiapa sahaja, dan semua insan sukakan keindahan. ........
**Oowh..masih banyak yang ingin saya tulis. InsyaAllah akan saya sambung sekiranya masa mengizinkan. Saya terlampau sibuk kebelakangan ini untuk menulis entri baru.


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home