Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Sunday, February 11, 2007

Warkah buat Nadhrah

Lidah saya kelu dalam petah. Tingkah saya kaku dalam lincah. Hati beralun mendendangkan irama yang saya sendiri tidak tahu rentaknya. Punya seribu rencana, jutaan cerita mahu saya jalinkan dalam kenangan singkat itu.

Masa mengejar saya. Kerja dan tanggungjawab menghambat kala saya cuba membina sebuah ukhuwah itu, lantas emosi berceramuk, menggulung dan melibas alam. Sehinggakan saya hampir hilang keikhlasan diri. Kadang-kadang tenang jua menghadirkan diri. Dan, terima kasih saya ucapkan padaNya atas anugerah itu. Anugerah sebuah ketenangan itu hadir, melalui kalian, Nadhrah.

Walau ia sekejapan cuma, saya teramat menghargainya. Terima kasih Nadhrah untuk sebuah kenangan itu. Maaf kiranya petah lidah jua tingkah laku yang terzahir bisa mengguris kalian. Sekadar ingin mengabadikan nama Nadhrah dalam ruangan yang terbatas ini. Kiranya kalian terbaca, jutaan terima kasih saya ucapkan untuk sebuah kenangan itu. Moga ia tercipta untuk sebuah permulaan, bukan sebuah pengakhiran. InsyaAllah.

-saya-


4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

semekom...
Mak ai..giler la bahasa kak yuni..dah jadi cam kak linda dah..haha..anyway..hope ukhwah antara kite seme akn lebey rapat n berlandaskan matlamat yg sama.insya Allah ni bkn pertama n terakhir..nnti dtg la lagi sini..kite main bingo lagi..hihi..
jya,salam

mira

10:26 AM  
Anonymous Anonymous said...

salam...
betul la ckp mira tu..berbunga2 bahasanya..hehe..insyaAllah pertemuan atas matlamat dan misi yang sama akan terus kekal dan bukan berhenti takat itu shj..
thanks to Allah for giving us this ni'mah(ukhwah)..
wassalam.

aimi

12:47 PM  
Anonymous Anonymous said...

pembetulan di sini ya...
bahasa kak ayuni lebih baik dari bahasa saya k...
saya ni bahasa tunggang terbalik...

btw, terima kasih manja kerana sebuah senyuman dan renungan mata hati itu....

wslm

2:55 PM  
Blogger tokkura said...

kpd mira : tanak main bingo, saya selalu tak bernasib baik..ihiks

kpd aimi : bunga itukan indah, tp ukhuwah Nadhrah lebih indah dr bunga-bunga bahasa saya...

kpd miss linda : awak memang suka memuji saya ye..terima kasih sayang.

3:21 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home