Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Thursday, November 16, 2006

Kata dikota, janji dilaksana

Bismillahhirrahmanirrahim...
Syukur kepada Allah, kerana masih diberi peluang bernafas dan meneruskan kehidupan di alam ini. Dalam dingin pagi 9 degree celcius, perlahan kaki melangkah meredah dedaunan kering yang bertaburan di sepanjang kaki lima kampus. Pagi ini kelihatan hening, meskipun semalaman bumi sakura ditemani ribut dan hujan lebat. Tidak kedengaran walau sedikit pun kicauan sang burung, jua kelibat haiwan-haiwan lain. Perlahan-lahan, kedatangan musim dingin mula dapat dirasai, bukan sahaja oleh manusia yang berakal, malahan haiwan dan alam pun turut merasai perubahan empat musim ini.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih berganti malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ORANG-ORANG YANG BERAKAL."

(Ali Imran:190)

Kata Pak Lah dalam ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agong UMNO ke-57, "Kita memerlukan barisan warga yang menguasai pengetahuan, ilmu, kemahiran dan maklumat" dan Pak Lah juga menekankan, Allah telah menurunkan surah Ali Imran ayat 190 yang menuntut umat memperlengkapkan minda agar manusia memiliki keupayaan menghadapi dunia moden. Dan siapakah mereka (orang-orang yang berakal) yang dimaksudkan dalam ayat 190 di atas?

"iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
(Ali Imran:191)

Sesungguhnya tanpa ilmu, umat Islam akan dipandang lemah. Dan sesungguhnya tanpa politik dan kepimpinan Islam, Islam melalui satu proses yang sukar untuk berkembang dan dijagai. Saya kagum dan tabik dengan ucapan Pak Lah yang bertajuk 'Kata dikota, janji dilaksana'. Pak Lah dalam ucapannya menyatakan pendekatan secara seruan yang bertujuan menyemai benih keinsafan dalam semua rakyat bukan sahaja kepada ahli UMNO, patut diberi 5 bintang (5 bintang daripada 5 - ada yang membantah?). Bagi saya, seruan dan teguran Pak Lah yang dibuat secara lembut dan berhemah mampu mengubah pentadbiran Malaysia yang semakin lama semakin meruncing. Melaksanakan tugas dalam semangat amal makruf nahi munkar juga diharap dapat dilaksanakan, lagipun Pak Lah sendiri berkata - kata mestilah dikota, Islam Hadhari bukanlah sekadar cek kosong.

Semoga janji-janji seorang pemimpin (Pak Lah la, siapa lagi..), akan dilaksanakan. Diharapkan 12 gagasan yang dibentangkan akan memberi faedah kepada kaum Melayu dan yang lebih penting kepada umat Islam seluruhnya. Rasa macam saya ini penyokong kuat UMNO pula, walhal saya belum selesai membaca kesemua 12 gagasan yang dibentangkan.(^o^)v. Setakat ini gagasan pertama - kepentingan pimpinan politik dan gagasan ketiga - membangunkan modal insan melalui pendidikan mendapat sokongan saya 120%.

**Caya lah Pak Lah..We love you Pak Lah!!
**Sekadar untuk pengetahuan semua, saya bukanlah kipas susah mati UMNO. Sekadar mengkagumi ucapan Pak Lah. Juga saya bukan dari parti pembangkang. Juga bukan penyokong 'ayam sabung patah taji'.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home