Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Monday, April 23, 2007

Kisah saya

Saya tunduk. Makin lama makin ke bawah. Supaya saya tidak nampak mereka berdua. Supaya mereka tidak sedar bahawasanya saya sudah terpandang segala perbuatan mereka.

Langkah saya makin kecil. Kebiasaannya saya melangkah laju. Dan mereka berdua melangkah sambil bergelak ketawa. Dalam langkah yang sangat lambat. Akhirnya jarak saya dan mereka berdua cuma tinggal dalam lingkungan satu meter saja lagi. Apa yang perlu saya buat?

Hati saya berdegup pantas. Debar. Kencang. Mereka akan sedar akan kehadiran saya. Reaksi apakah yang perlu saya tunjukkan?

Mereka : Dari mana? Tiba-tiba saja datang sini..
Saya : Ermm.. ada hal sikit dengan pihak universiti.
Mereka : Ooo..

Itu sahaja yang mampu saya ucap. Terus melangkah ke perhentian bas. Meninggalkan mereka berdua. Tanpa menoleh ke belakang. Tapi, itu adalah satu kesalahan besar yang saya telah lakukan. Saya telah mengkhianati iman sendiri!

Sewaktu turun di stesen komuter tadi, saya memilih untuk menapak ke tangga memandangkan escalator sudah dipenuhi ramai manusia. Dari atas, kelihatan seorang gadis melayu bertudung dengan seorang lelaki yang tidak saya kenal susuk tubuhnya. Di bumi asing ini, di mana semua rakyatnya tidak bertudung pastinya amat senang untuk menyedari kehadiran seorang muslimah. Dalam lautan manusia, dari jauh sudah kelihatan indahnya Islam yang dibawa. Cuba untuk menegur dan, astaghfirullahalazim... makin dekat saya dengan mereka berdua, makin jelas tingkah mereka.

Sambil berjalan, kelihatan bahu kedua-duanya kadang bergeseran. Dan kadang-kadang jari jemari dan tangan mereka bersatu. Sambil bergelak tawa. Saya seolah-oleh terbayang-bayang syaitan sedang berteriak melompat girang di sebelah mereka. Raqib dan Atid mungkin mengeluh kesal.

Hati saya menjerit untuk menegur. Terasa ingin berjalan di antara ruang yang ada antara mereka. Namun yang terjadi adalah sebaliknya. Saya melangkah semakin perlahan. Mata saya tundukkan seboleh mungkin dengan alasan saya tidak sedar mereka berdua berada di hadapan saya selama ini. Langkah saya semakin lama semakin kecil. Allahu Akhbar, kuatkanlah iman saya untuk mencegah apa yang sedang berlaku di hadapan saya ini!

Pengakhirannya, saya sekadar berlalu tanpa berkata lebih dari dialog yang berlaku sekejap tadi. Yang pasti, syaitan di sisi saya bersorak kegembiraan di atas kegagalan saya dan ketidakberanian saya menegur mereka berdua. Sekiranya sesuatu yang buruk berlaku ke atas mereka di kemudian hari (nauzubillahi minzalik), saya sudah terlambat untuk menyesalinya.

Saya melangkah ke dalam perut bas yang tiba. Raqib dan Atid mungkin mengeluh lagi, kesekian kalinya untuk hari ini.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home