Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Tuesday, April 17, 2007

Suatu Ketentuan

Alangkah indahnya bila kuhadapi
kegelapan, hujan, kelaparan,
segala macam musibah,
kedukaan, cacian dan teguran
sebagaimana yang dihadapi
oleh batang-batang pohon.

(Walt Hewittman)


Dari pengakuan Dale Carnegie, suatu waktu aku pernah bersikap menolak untuk menerima urusan yang seharusnya aku hadapi. Aku merasa sangat bodoh. Dan akhirnya aku jadi tidak tenang, memberontak, marah dan tersiksa. Sehinggakan malam-malam hariku berubah menjadi neraka kerana serangan psikologi.

Sesungguhnya aku pernah menghabiskan dua belas tahun umurku dengan bersama haiwan ternakan. Aku tidak pernah melihat seekor lembu betina yang kesusahan atau bersedih kerana padang rumput terbakar atau kering kerana sedikit hujan. Aku juga tidak pernah melihat sapi betina yang sedih kerana ditinggalkan sapi jantannya yang merayu sapi betina yang lain. Sesungguhnya haiwan menghadapi kegelapan, bencana, taufan dan kelaparan dengan tenang dan sabar. Oleh kerana itulah jarang haiwan yang mengalami tekanan mental atau menderita pelbagai penyakit.

Kerana itu aku menyarankan kepada semua yang ditimpa musibah agar menghimpunkan semua tenaganya untuk menghadapi segala bencana, sebagaimana sikap sekumpulan kerbau dan batang kurma apabila mereka terluka.

Pemikiran Dale Carnegie ini tidak salah, kerana beliau tidak mengetahui seperti apa yang kita imani selama ini, kepercayaan kepada ketentuan dan takdir dari Allah SWT. Apa yang dikatakan oleh Dale Carnegie hanyalah sebagai ganti dari iman terhadap qada` dan qadarNya sahaja.

Moga entri ini membantu kalian yang sedang dalam kemurungan atau kesedihan.

KENALILAH ALLAH SAAT SENANG, NESCAYA ALLAH AKAN MENGENALIMU SAAT SUSAH

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home