Kembara tak berdestinasi
Karya asal : tokkura
June 3, 2007 2:25 am
*Ditujukan khas buat seorang sahabat yang mungkin tersadung dalam meniti liku hidup. Allah menguji kerana Dia punya perancangannya yang tersendiri. Moga kamu bertabah hati.
Aku berjalan lagi. Namun perjalanan ini umpama tiada destinasi tertentu yang ditujui. Lelaki berjubah putih dengan kopiah biru itu terus berjalan. Dan terus berjalan. Tiada letih. Aku mula kehausan, kepenatan, hati mula merungut. Padahal dari asalnya lagi aku juga tidak tahu mengapa aku mengikuti lelaki ini. Sedar-sedar, aku berdiri di tengah
Langkah kaki aku makin mengecil. Lelaki berjubah putih dengan kopiah biru itu berpaling ke belakang. Mungkin merasakan aku tertinggal agak jauh ke belakang. Dari mulutku mula kedengaran dengusan-dengusan kecil kerana dipaksa mengikut lelaki itu. Sudahlah tidak diberitahu arah tujunya. Salam sepatah pun tidak diberi ketika mula-mula bertemu tadi. Aku mula bosan dengan tingkahnya. Padahal tadi aku juga ingin mengikutnya. Kalau kamu berada di tempat aku, pastinya itu juga keputusan yang akan kamu buat. Bayangkanlah kamu tiba-tiba berdiri di tengah-tengah
Lelaki dengan kopiah biru itu menghulurkan sebotol air mineral padaku. Masih tanpa suara. Sepertinya dia tahu aku kehausan. Memberi saat aku memerlukan. Waktu itu aku sudah terduduk kepenatan. Kepenatan mengejar lelaki yang tidak aku kenali itu. Benci yang mula bercambah, hilang serta-merta. Tanpa kesan. Kerana merasakan hanya dia yang memahami perasaan aku tika itu. Walhal aku tidak pernah mengenali dirinya sebelum ini. Perjalanan yang tidak ada tujuan itu diteruskan. Aku makin menyukai lelaki itu. Aku percepatkan langkah menyaingi langkahnya. Air mineral yang diberi seolah tidak pernah susut meski aku sudah meminumnya berkali-kali. Aneh. Aku berjalan seiringan. Masih tiada butir bicara yang keluar dari lisannya. Juga masih tidak diberitahu hala tuju kami. Sebuah bandar dilalui, lelaki itu berhenti barang seketika dan berborak dengan penduduk yang ada. Masih tidak bersuara padaku. Perjalanan tanpa destinasi itu diteruskan kemudiannya. Bertemu lagi dengan penduduk yang lain, berbicara lagi. Makin mesra. Pusat bandar makin dihampiri, bertemu penduduk lagi. Berborak lagi. Bertemu. Berborak. Dan makin jauh dari aku. Penduduk lain makin mesra dengannya. Aku sekadar memandang dari jauh. Masih
Lelaki berkopiah biru itu makin mesra dengan penduduk setempat. Berkenalan dengan beberapa penduduk, duduk-duduk di kedai makan, minum kopi, dan berbual lagi. Aku ikut serta, tapi seolah ada ruang antara kami yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kemudian dia makin jauh. Jauh. Jauh..
Dia meneruskan perjalanan yang tidak berdestinasi tu dengan seorang penduduk setempat. Aku ditinggalkan di bandar ini. Bandar yang aku tidak punya kenalan. Aku kepenatan. Kembali memikirkan kenapa aku mengikut seorang lelaki yang tidak aku kenali, berpenat badan, dan hanya dengan diberi sebotol air, aku boleh melupakan bahawa aku sememangnya tidak pernah mengenalinya.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata, kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, sungguh Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sunguh Dia mengetahui orang-orang yang dusta."[al-Ankabut:2,3]
Glosari kata:
1. aku – seorang perempuan yang sedang mencari arah tuju hidup
2. lelaki berkopiah biru – jelmaan lelaki yang kelihatannya baik, namun tidak diketahui isi hatinya
3.
4. perjalanan tanpa destinasi – sebuah kisah cinta yang tidak ada untungnya dan tiada matlamat tujuan
5. air mineral – kasih sayang yang dicurahkan saat diperlukan(dahaga)
6. bandar – ujian yang hadir sewaktu proses percintaan berlaku
7. penduduk – insan-insan yang tidak dikenali yang hadir dalam hidup seseorang
8. penduduk setempat yang mengikut – seorang `aku` yang lain, yang juga gagal mencari locus standi dirinya
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home