Hipokrit?!
Dalam episod 8 dan 9; The Murder of The Lucia Dolls, barisan aktor kerap mengulangi kata-kata 'setiap manusia punya rupa yang hanya diketahui oleh dirinya sendiri, tidak kendatipun oleh saudara terdekat'. Ya, setiap manusia punya rahsia sendiri dan kadang-kadang meletakkan topeng untuk menghalang orang sekeliling mengenali diri mereka. Atau, mengenakan topeng untuk menutup apa yang pernah wujud - dosa dan jahiliyyah.
Ramai manusia punya sejarah hidup yang hitam (kepekatan hitam itu, saya serahkan pada imaginasi pembaca), yang disembunyikan daripada pengetahuan rakan seperjuangan. Pun begitu, kadang-kadang hadir rasa bersalah untuk terus menyembunyikan kejahatan jua kesalahan jahiliyyah kita daripada mereka yang terdekat. Kiranya, mungkin ramai yang tidak memahami tulisan saya kali ini ya?
Saya sekadar mahu meluahkan, wajarkah saya menyembunyikan kesalahan-kesalahan lampau, dosa dan kesilapan dahulu dengan membentangkan diri saya yang 'kini'?... Lalu membuatkan saya berasa seperti seorang hipokrit. Apa hipokrit itu memang perlu dalam hidup?
Apabila dilanda 'dilemma' sebegini, perlunya saya kembali merujuk Islam - agama yang syumul. Islam menggalakkan untuk menzahirkan amal-amal soleh baik, fardhu atau sunat, dengan beberapa sebab yang tertentu. Akan tetapi, Islam tidak menggalakkan untuk menzahirkan kemaksiatan. Bahkan menggalakkan untuk menyembunyikan kemaksiatan dari orang lain sedaya mampu.
Sekiranya melakukan kesalahan, wajar dan seharusnya kita menyembunyikan kesalahan itu dan mendapat perllindungan dari Allah seperti sabda Rasulullah SAW;
“اجتنبوا هذه القاذورات التي نهى الله عنها، فمن ألم بشيء منها فليستتر بستر الله تعالى”.
“Jauhilah perkara-perkara buruk yang dilarang Allah ini, sesiapa yang terlanjur melakukannya maka hendak dia berlindung dengan perlindungan Allah .”
“كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجانة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح، وقد ستره الله، فيقول: يا فلان، عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عنه”.
“Setiap umatku akan diampunkan kecuali orang yang bermegah (dengan kemaksiatannya). Adalah suatu kegilaan bila seseorang bermaksiat pada waktu malam, kemudian datangnya pagi - dalam keadaan Allah telah menyembunyikan kemaksiatannya – dia pun berkata : “Wahai fulan, malam aku telah berbuat begini dan begini.” Sedangkan dia tidur dalam keadaan Allah merahsiakan kemaksiatannya kemudian di waktu pagi dia membuka rahsia Allah .”
Sungguh, betapa syumulnya Islam itu. Betapa benarnya agama ini sehinggakan perkara sebegini jua punya jawapan. Yang perlu hanya mencari, pasti jawapannya terbentang dihadapan kita. Kiranya saat wujud perasaan malu dengan dosa dan kesalahan sendiri, malu membuka aib sendiri, itu memang yang terbaik.Daripada Rasulullah SAW, dari Imran bin Hissin ra;
“Sesungguhnya malu itu tidak mendatangkan kecuali kebaikan.”
Saya simpulkan dengan - hipokrit itu perlu dalam hidup. Saya, anda, dan semua insan, punya topeng buat menutup sejarah dan bentuk hati masing-masing. Allah jua yang tahu apa yang terdetik pada setiap denyut nadi dan pada setiap tarikan nafas kita. Bukankah 'ikhlas' itu hanya rahsia Dia?
Namun, mungkin ada pembaca yang tidak setuju dengan kesimpulan saya. Saya serah pada kalian untuk menilai diri masing-masing, apakah kalian cukup terbuka dengan semua teman sekeliling tanpa senoktah rahsia sekalipun.
Rujukan:
1.Kindaichi Shounen no Jikenbou 3 episod 8 & 9
2.artikel Merahsiakan Kemaksiatan (oleh:myKonsis)
1 Comments:
mereka akn rasa kita hipokrit wlaupon pda hakikatnya itulh prangai kita yg sbnar..cma kita akn tnjolkn diri kpda rakan yg rapat..tpi dgan org yg xrapat kita knalh berhati-hati dlm perbualan n perbuatan krna takut disalah anggap..tpi tulah..mngkin ada yg kata kita ni hipokrit..pda hakikatya kita hnya tnjukkn prangai kita dgan kwN rapat..kdang2 kcewa jga bila kwan rapat melabelkn kita sebagai hipokrit..:)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home