Ainul Mardhiah
"Susah nak cari perempuan yang bagus, berkenan di hati. Lagipun tak minat couple couple ni. Mahu Ainul Mardhiah, tapi tak padanlah pula dengan diri. Nak jihad mata pun dah semakin susah sekarang ni. Banyak sangat yang open, sampai dah biasa. Apa lagi jihad yang lain untuk hantaran Ainul Mardhiah. Mahal..."
Oowh, sejuk hati saya mendengar. Tidak pula saya mempromosi adik lelaki saya di laman ini, sila jangan salah faham ye. Ha ha.
Ainul Mardhiah (mata yang diredhai), bidadari tercantik di syurga - hadiah buat seorang lelaki yang berjihad di jalan Allah. Dalam dunia kini (Malaysia/Jepun), masih adakah yang mampu berjihad sepenuh hatinya? Dengan pelbagai mehnah dan fitnah, sekadar menjaga mata sahaja sudah memerlukan semangat jihad yang maha hebat. Kadang-kadang saya tumpang simpati dengan kaum Adam. Tumpang simpati dengan adik-adik lelaki saya.
Ramai kaum Hawa cuba menegakkan persamaan dengan Adam di dunia ini. Tidak mahu diri ditindas dan dipandang lemah. Sedang tanpa disedari, bukan Adam yang mengeksploitasi Hawa bahkan Hawa dengan rela sudi mengeksploitasi diri sendiri. Maka salah siapa sekiranya berlaku banyak kes-kes yang tidak enak menjadi halwa telinga? Kucing yang lapar, kalau diacah dengan ikan (atau dibiarkan ikan itu terdedah) pastinya akan menerkam. Persamaan itu tidak pernah wujud kerana Hawa memang sentiasa dipandang tinggi dalam Islam - setinggi-tinggi suami, syurganya juga terletak di kaki ibu. Dan persamaan hak yang dituntut wanita zaman sekarang lebih merujuk kepada menjatuhkan taraf hidup sendiri. Sekadar pendapat.
Kemungkaran (baca;maksiat) itu banyak berlaku dalam hidup seharian kita. Sehingga sampai satu masa, kita sudah tidak merasakan itu adalah satu kemungkaran. Jiwa kita sudah tidak sensitif lagi dengan perkara yang salah. Sama seperti saya yang suatu waktu dahulu memberi sokongan pada sahabat yang berpakaian vogue dengan ayat; "kalau tak pakai tudung lagi cun kot". So how? Kerana sudah biasa melihat kemungkaran itu, saya diluar sedar membenarkan ia berlaku. Seharusnya saya merasa benci dengan kemungkaran sebegitu. 'Jiwa yang beriman itu peka dan sensitif - satu tajuk kecil dari al-Munthalaq tulisan Muhammad Ahmad ar-Rashid'. Sekiranya anda tidak sensitif dengan kemungkaran yang berlaku di sekeliling anda, tanya kembali fatwa iman pada hati anda. Sama juga kepada diri saya.
Coretan pendek sambil menanti sahabat saya tiba. Minggu ini saya ada tetamu (sebenarnya setiap minggu juga saya ada tetamu).
2 Comments:
walaupun rasanya Ayuni ada jawapan tersendiri. apun nak bagi ini
"ketua bidadari bagi para lelaki (di syurga) adalah Isterinya didunia"
hm..bayangkan, kalau kamu, ketua bagi bidadari di syurga. pastinya lebih VogUe dari Ainul Mardiyah.
cinta lelaki dan cinta perempuan pelik. cinta perempuan memang kesetiaan tak boleh dipersoalkan. makanya, kalau diberi suami sendiri menjadi teman di syurga...ayuni rasa did u need more?
emmm...sy masih teringat satu kata2 dr kuliah Ustaz Azhar Idrus... "perempuan yg solehah lebih baik dr lelaki yg soleh...kerna lelaki yg soleh senang dicari tapi nak dpt pmpuan yg solehah cukup sukar...barang yg sedikit harganya lagi mahal..."(wlpn loghat T'gganunya cukup pekat tp since sy pun berasal dr Timur so senang difahami...)...
salam
nazmi zaim
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home