Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Wednesday, March 12, 2008

Tentang blog, suram dan tokkura

Mungkin ada yang sedar, mungkin juga ada yang tidak menyedari. Saya jarang menulis tentang kisah hidup saya di laman 'Bicara Kalam...'. Saya kira kisah hidup saya sangat membosankan untuk menjadi tatapan pembaca laman ini. Tambahan pula kisah harian hidup saya tiada yang menarik, saya tidak punya masalah besar untuk diluahkan di laman ini seperti kebanyakan pemilik-pemilik blog yang lain. Saya perhatikan ramai yang memilih tema tersendiri untuk blog masing-masing, dan dihias cantik. Sebaliknya 'Bicara Kalam...', sudahlah warnanya suram, entri-entrinya juga tidak menarik. Malah mungkin ada yang kata entri yang berat dan membosankan.

Ada yang berpendapat blog adalah tempat meluahkan segala macam perasaan (baca;masalah) dan dikongsi dengan teman-teman. Ada yang menggunakan blog untuk melontarkan pandangan dan pendirian masing-masing sepertinya kata Muhaimin Sulam (seorang daripada ahli GKLN), sejak BA menang PRU ke-12 ramai yang mengaku menyokong BA - maka dia mengisytiharkan dia juga penyokong BA! Blog adalah tempat peribadi, tuan punya blog berhak menulis apa sahaja dan anda sebenarnya tidak berhak untuk menghalang sepertinya Rebecca Ilham (juga ahli GKLN) menulis tentang dia mahukan PAS di Kelantan ditukar kepada BN. Pembaca cuma dibenarkan memberi pendapat, tetapi kuasa mutlak di jari pemilik blog. Pengajarannya mungkin, pembaca sila hormati pandangan setiap pemilik blog.

Entri kali ini tidak mempunyai motif penting. Saya cuma mahu berehat sebentar daripada menghadap Catia V5 dan catheter guided slave system. Kisah hidup harian saya sekadar berkisar tentang research, presentation, dan laboratory yang membosankan. Jika teman-teman yang bertandang ke rumah saya bercerita tentang masalah hidup yang maha hebat dan berat, hidup saya cuma dikelilingi laboratory dan research master saya sahaja. Bosan bukan? Sekiranya kalian melihat status Yahoo Messenger saya kelihatan pelik dan merapu, ketahuilah bahawasanya saya sedang berperang dengan masalah lab dan research. Kerana itulah saya tidak bercerita tentang hidup seharian saya di sini. Tiada apa untuk diceritakan.

Teman-teman blog yang lain menulis tentang kehidupan harian, keluar bersiar-siar ke Shibuya, Shinjuku atau keluar makan-makan dan disertai dengan gambar-gambar yang menyeronokkan. Saya... bukan minat saya untuk keluar window shopping, atau membeli-belah. Hujung minggu hidup saya cuma di rumah atau di Chuo Park di hadapan rumah. Saya juga biasa ke cinema seorang diri. Pelik? Saya sentiasa disimpatikan oleh teman-teman kerana ke cinema seorang diri, betul seorang lone ranger. Ha ha. Itulah hidup saya.

Jika keluar bersiar-siar, hanya Odaiba atau Sakuragichou yang jadi pilihan. Hanya kerana di sana punya pantai dan laut, maka saya senang ke sana. Kebiasaannya, juga seorang diri. Mungkin yang positifnya, saya ke sana dengan sebuah buku di tangan dan nota kecil untuk contengan puisi. Betul hidup saya sangat membosankan untuk diceritakan ya? Senior Japanese saya, Ide-san pernah memerli; laut dan pantai di Malaysia pun ada. Tidak perlu kamu ke Odaiba atau ke Sakuragichou. Orang-orang yang suram seperti kamu harus ke area Ginza supaya tidak terus hidup suram begini. Dan saya senyum di luar, hati menjawab; sila jangan samakan saya dengan kamu! Ha ha.

Panjang saya bercerita. Harap kalian tidak bosan. Saya makin malas untuk meneruskan design slave system menggunakan Catia V5. Petang nanti ada 追いコン(farewell party) dengan junior-senior yang akan graduate akhir Mac ini. Harapnya mereka tidak terlalu mabuk-mabuk dengan sake melampau.



Sunyi, bertanya pada hati
mengapa harus sendiri
bulan juga kali
jauh sekali matahari
letak dunia di kaki
angkat mati ke hati
pantas kau takkan sunyi
kerna ar-Rahman menemani.

Serasi
rindu memenuhi.












Sekadar menggerakkan jari tanpa menggunakan akal - tokkura.



6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

setiap orang ada masalah masing-masing. bagi orang lain mungkin masalah tu kecil tp bagi orang tu besar. atau bagi orang lain besar tp bagi sendiri besar. atau lain-lain kemungkinan.

semoga masalah akan lebih mendekatkan kita dengan Allah. :)

2:11 PM  
Anonymous Anonymous said...

Wah, kita berkongsi minat yang sama. Ke Cinema seorang diri menonton filem Inggeris (kerana orang Jepun cukup alergi dengannya).

Pesanan saya, jangan biarkan blog anda bersarang tebuan ya? Teruskan menulis. Apa Saja! Ganbatte.

2:59 AM  
Blogger Lily Abdullah said...

Setiap orang ada cerita menarik untuk dikongsi. Menarik itu kan subjektif? Teruskan menulis.

Salam kenal.

Saya pembaca diam kadang kala.

10:06 AM  
Anonymous Anonymous said...

biar senyap tapi berisi..
semoga selamat di sana

11:25 PM  
Blogger Permata Nusantara said...

Bicara Kalam...yup..it looks sombre...
sombre on the surface...read through the words..and realized...its not sombre as what u think..

2:36 PM  
Anonymous Anonymous said...

erm..sedar tak sedar serasa kita punya minat dan sikap yang sama..mungkin itu harus kita terima sebagai salah satu kelebihan kita. kamu akui bukan kamu bahagia tika sendirian? jadikan itu kelebihan pada kamu untuk berfikir..
dan carilah teman untuk kamu sama kongsikan rasa suka dan duka kamu itu

1:28 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home