Tentang PRU ke-12
Perkara pertama yang mengejutkan - empat buah negeri jatuh ke tangan pembangkang, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Itu belum ditambah dengan Kelantan yang gagal ditembusi kerajaan. Saya cukup kagum dengan kemenangan Nurul Izzah Anwar yang mengalahkan Shahrizat di kawasan Lembah Pantai dan diikuti dengan kekalahan dua lagi menteri - Samy Vellu dan Zainuddin Maidin di tangan calon PKR. Namun ada yang saya kesalkan dengan kemenangan wakil parlimen BN di Rembau, si Khairy Jamaludin yang berangan mahu jadi Perdana Menteri Malaysia termuda. Mungkin kerana itulah Khairy bertanding di kawasan sendiri. Seharusnya jika Khairy orang bijak pandai dan yakin dengan diri sendiri, dia akan bertanding di kawasan orang dan menang. Itu baru dikatakan hebat. Hazu bermalam di rumah saya pada 8 dan 9 Mac lepas, dan kata Hazu, kenapa perlu anti-Khairy apa salah dia? Saya tidak salahkan Hazu dengan soalan itu kerana Hazu tidak berminat dengan politik Malaysia. Terus terang saya katakan, kekalahan BN pada PRU ke-12 ini faktor terbesarnya adalah menantu Pak Lah - Khairy Jamaludin. Saya sependapat dengan Mahathir yang menyatakan budak hingusan yang tidak pernah tahu bagaimana permainan lompat getah dalam bidang politik dimainkan itulah yang merosakkan pemerintahan kerajaan selama empat tahun ini.
Sebenarnya mungkin tsunami perubahan ini tidak disebabkan dengan muaknya 50 tahun pemerintahan BN, tetapi sudah terlampau cukup untuk Pak Lah dan anak menantunya mempermainkan rakyat Malaysia selama empat tahun ini. Rakyat tidak pekak, tidak bodoh dan buta untuk diperlekehkan.
Keterujaan saya dengan keputusan PRU ke-12 ini diiringi dengan kegusaran berlakunya rusuhan kaum di Malaysia terutamanya di Perak yang majoriti dimenangi oleh DAP. Jika Menteri Besar Perak dipilih daripada kalangan bukan Melayu, tidak mustahil akan berlaku rusuhan (saya bukan seorang yang anti-Chinese, sekadar menulis kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku kesan daripada keputusan PRU kali ini). Kata Hafez Iftiqar, kalaupun Menteri Besar Perak dipilih daripada kalangan bukan Melayu, ketua agama dan ketua negeri masih di tangan sultan yang Melayu - apa yang perlu dirisaukan. Saya sendiri percaya dengan pemerintahan Anwar Ibrahim yang relevan dan bijak, juga saya percaya dengan DAP yang tidak mementingkan diri sendiri. Jika DAP bersikap mementingkan diri sendiri, sejak dari mula lagi Barisan Alternatif tidak akan tercatat nama DAP sebagai ahli. Dan ternyata, barisan tertinggi DAP dan PKR pimpinan Anwar Ibrahim telah membuat keputusan yang terbaik dengan memilih IR Mohamad Nizar Jamaludin wakil PAS Pasir Panjang sebagai Menteri Besar Perak yang baru. Tambahan pula Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru Lim Guan Eng telah sepakat untuk berkongsi kuasa memerintah dengan PKR. Adakah lagi pembaharuan yang lebih baik daripada kerajaan-kerajaan yang baru dibentuk ini?
PRU ke-12 ini perlu berterima kasih kepada suara Mahathir sehingga menyebabkan Kedah jatuh kepada pembangkang. Itu tidak dapat dinafikan lagi. Pendapat-pendapat dan komen-komen daripada bekas Perdana Menteri Malaysia tentang pemerintahan Pak Lah telah membuatkan rakyat berani bangkit bersuara. Ditambah lagi dengan kewibawaan Anwar Ibrahim memimpin rakyat. Hanya dengan kuasa dua bekas pemimpin Malaysia ini, negara mampu berubah. Bagaimana hebatnya suara mereka! Saya menanti dengan penuh debar pilihanraya kecil untuk menaikkan Anwar Ibrahim kembali ke arena politik. Adakah isterinya Presiden PKR Datin Seri Azizah akan meletakkan jawatan atau wakil Lembah Pantai Puan Nurul Izzah Anwar yang baru berusia 27 tahun itu yang akan berundur diri memberi laluan kepada ayahnya? Tunggu dan lihat sahaja perubahan demi perubahan yang akan berlaku dalam masa yang terdekat ini.
2 Comments:
tis is d best election ever! at last, the people's voices were heard, loud + clear! 'makkal sakhti'
so great to be malaysian now!! hidup rakyat
salam buat tokkura yg pastinya tidak turun mengundi atau mungkin masih blom mendaftar. mmg hebat tsunami pru-12.
ttg isu menteri besar perak, tak perlu khuatir krn prlmbgaan negeri mmg gariskan melayu sbg MB. alhamdulillah yg dilantik punyai pangkat IR. berdoalah moga kepimpinannya selari dgn intelektual IRnya. he he he.
tentang KJ. xbleh komen di sini. mgkn suatu masa nnt akan terjwb bgmn KJ bisa menang wpun... (biarla masa bongkarkan semuanya)
buat izzah tahniah.. buat SV, ZM dan S.. terimalah hakikat yg rakyat mahukan muka baru.mgkn sudah bosan dgn kalian..(SV: saya xmahu jd menteri melalui senator)
moga keputusan pru-12 bisa bw perubahan yg lbh baik di msia.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home