Impian Saya
Kemudian soalan itu menghantui hidup saya. Semasa menaiki basikal, semasa makan, semasa membuat drawing, sehingga semasa perjumpaan dengan Profesor Komeda juga saya masih berfikir tentang matlamat hidup dan cita-cita saya. Secara teori saya boleh berkata, hidup aku kerana Allah, tugas manusia itu menjadi khalifah (al-Baqarah:30) dan untuk beribadah kepada Allah (az-Zariyat:56). Namun teori tidak akan membuktikan itu matlamat hidup saya. Orang sekeliling mungkin akan mengatakan saya sudah cukup berusaha untuk mencapai matlamat hidup (baca; matlamat penciptaan) saya, namun tepuk dada dan tanyalah iman sendiri.
Jika benar saya mahu mencapai cita-cita saya, apakah tindakan yang telah saya lakukan? Sekadar cukup solat lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan, tidak membuktikan saya telah berusaha sedaya upaya saya. Masa kosong saya masih banyak terbuang begitu sahaja. Secara di luar sedar, saya masih belum memahami erti hidup saya di dunia ini dan masih belum memiliki ruh dan keinginan untuk melaksanakannya.
Panjang yang ingin saya huraikan, tetapi coretan kali ini diganggu oleh panggilan telefon daripada Ide mengajak saya ke kedai untuk membeli pam air untuk tujuan eksperimen catheter. Idea saya hilang.
Satu sahaja yang saya pasti. Tanpa matlamat hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah, saya kehilangan cita-cita dan impian saya. Sebab untuk saya terus hidup di dunia ini. Mungkin saya masih tidak memahami matlamat penciptaan saya dengan sebenar-benarnya, namun buat masa sekarang cukuplah saya tahu bahawasanya saya sebenarnya tidak mempunyai maksud hidup selain kepada Allah.
Allah lebih memahami diri saya, berbanding saya memahami diri saya sendiri. Wallahualam.
Kepada pembaca, afwan kerana membiarkan 'Bicara Kalam...' bersawang sebegini lama. Ada sesuatu yang menghalang saya untuk terus menulis di laman ini.
2 Comments:
matlamat jauh
dan langkah langkah kecil yang perlu untuk sampai ke situ
teori hanya sekadar menyumbang "TAHU" sedangkan kita sendiri tak punya hasrat yang boleh terbitkan rasa "MAHU"..jangan punya rasa putus asa..kamu sudah punya tahu itu..berjuanglah agar kau jua akan punya rasa mahu
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home