Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Wednesday, April 16, 2008

Impian Saya

Beberapa hari belakangan ini, saya kerap ditanya hati sendiri ; apa cita-cita saya, apa impian saya. Namun sehingga ke hari ini, saya masih belum bertemu jawapannya. Semuanya bermula dengan perbualan kosong saya dengan seorang teman Japanese - Ide, soalan saya mudah ketika itu. Kenapa Ide sangat rajin ke laboratory, setiap hari dari seawal jam lapan pagi membawa ke jam 12 tengah malam sehinggakan hari Ahad juga dia berada di laboratory menyiapkan thesis kedoktorannya. Jawapannya membuatkan saya berfikir panjang. "Cita-cita aku mahu menjadi seorang profesor, maka aku perlu berusaha untuk menyiapkan thesis kedoktoran ini dengan jayanya." Saya sekadar tersenyum dan bertanya kembali, jika dia berjaya menjadi seorang profesor universiti maka tercapailah segala impiannya dan dia secara automatiknya kehilangan sebab untuk hidup di muka bumi ini. Ide mengiyakan kata-kata saya, dan bertanya apa cita-cita saya. Saya sekadar tersenyum dan mengangkat bahu tanda tidak mahu menghurai panjang soalannya.

Kemudian soalan itu menghantui hidup saya. Semasa menaiki basikal, semasa makan, semasa membuat drawing, sehingga semasa perjumpaan dengan Profesor Komeda juga saya masih berfikir tentang matlamat hidup dan cita-cita saya. Secara teori saya boleh berkata, hidup aku kerana Allah, tugas manusia itu menjadi khalifah (al-Baqarah:30) dan untuk beribadah kepada Allah (az-Zariyat:56). Namun teori tidak akan membuktikan itu matlamat hidup saya. Orang sekeliling mungkin akan mengatakan saya sudah cukup berusaha untuk mencapai matlamat hidup (baca; matlamat penciptaan) saya, namun tepuk dada dan tanyalah iman sendiri.

Jika benar saya mahu mencapai cita-cita saya, apakah tindakan yang telah saya lakukan? Sekadar cukup solat lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan, tidak membuktikan saya telah berusaha sedaya upaya saya. Masa kosong saya masih banyak terbuang begitu sahaja. Secara di luar sedar, saya masih belum memahami erti hidup saya di dunia ini dan masih belum memiliki ruh dan keinginan untuk melaksanakannya.

Panjang yang ingin saya huraikan, tetapi coretan kali ini diganggu oleh panggilan telefon daripada Ide mengajak saya ke kedai untuk membeli pam air untuk tujuan eksperimen catheter. Idea saya hilang.

Satu sahaja yang saya pasti. Tanpa matlamat hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah, saya kehilangan cita-cita dan impian saya. Sebab untuk saya terus hidup di dunia ini. Mungkin saya masih tidak memahami matlamat penciptaan saya dengan sebenar-benarnya, namun buat masa sekarang cukuplah saya tahu bahawasanya saya sebenarnya tidak mempunyai maksud hidup selain kepada Allah.

Allah lebih memahami diri saya, berbanding saya memahami diri saya sendiri. Wallahualam.

Kepada pembaca, afwan kerana membiarkan 'Bicara Kalam...' bersawang sebegini lama. Ada sesuatu yang menghalang saya untuk terus menulis di laman ini.



2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

matlamat jauh

dan langkah langkah kecil yang perlu untuk sampai ke situ

6:57 AM  
Anonymous Anonymous said...

teori hanya sekadar menyumbang "TAHU" sedangkan kita sendiri tak punya hasrat yang boleh terbitkan rasa "MAHU"..jangan punya rasa putus asa..kamu sudah punya tahu itu..berjuanglah agar kau jua akan punya rasa mahu

1:19 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home