Kerana kita manusia
Saya:Bagi saya, mengadu atau bercerita kepada manusia juga perlu. Kerana fitrah manusia ingin seseorang untuk menjadi pendengar kepada masalah kita.
Dia :Err..fitrah manusiakah itu? Fitrah manusia meminta tolong pada yang lebih berkuasa.
Indahnya bahasa apabila menyatakan hanya padaNya kita mengadu, hanya padaNya kita bercerita. Tetapi hakikatnya manusia makhluk lemah. Mengapa Rasulullah diturunkan dari kalangan manusia, bukan malaikat? Rasulullah diturunkan untuk betulkan kita dari kalangan manusia kerana hanya manusia yang memahami kehendak manusia. Kenapa Adam masih kesunyian di syurga, sedangkan syurga disediakan dengan segala macam perkara? Kerana Adam perlukan seorang teman.
Manusia memerlukan seseorang manusia yang lain untuk berinteraksi. Kita wajib mengadu dan memohon kepada Allah, namun tidak salah jika kita mengadu dan meluahkan sesuatu kepada seorang sahabat. Kerana jiwa manusia itu lemah, perlukan jirim yang berjisim untuk menjadi pendengar. Ya, Allah membantu dalam segala segi. Sebetulnya kita mengadu padaNya, sujud merintih meminta pertolongan, dan Allah itu Maha Pemurah Maha Pengasihani. Secara praktikalnya, Allah membantu hambaNya yang memohon pertolongan, tetapi mungkin dalam medium yang tidak kita sedari.
Perjalanan hidup sebagai seorang Muslim, seorang anak yang soleh, seorang pelajar, dan apa jua tanggungjawab yang dibebankan, menuntut kita bersedia jiwa dan raga. Kadang-kadang kita sebagai manusia biasa, lemah dan kalah dengan emosi dan perasaan. Kita dibebani dengan masalah demi masalah, dan kepadaNya kita mengadu. KepadaNya kita menangis, sujud meminta pertolongan, bercerita betapa hari-hari yang dilalui amat memenatkan. Betapa kita risau akan masa depan yang masih kabur. Dan Allah, sentiasa mendengar, sentiasa memerhati sekalipun ketika kita sedang menyelesaikan kerja di kampus yang tidak pernah berkurangan. Namun, kita tetap memerlukan teman untuk mendengar luahan, kerana kita inginkan satu respon yang segera. Cukuplah dengan sekadar sebuah senyuman, mahupun tepukan ikhlas di bahu memberi satu semangat bahawasanya Allah itu Maha Mengetahui. Juga memerlukan teman untuk mengingatkan kembali diri kita akan kewujudanNya samada semasa kecundang mahupun semasa gembira. Kerana kita adalah jirim yang berjisim, memerlukan interaksi yang sama.
** Perlukan teman kerana saya bukan Rabiatul Adawiyyah.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home