Aku, Mat Jue dan Sultan Muhammad Fateh
June 5, 2007 2:46pm
sumber:
rencana bersumberkan`Alwi Alatas: Al-Fatih Sang Penakluk Konstantinopel, Penerbit Zikrul Hakim, 2005`
Kurang ajar punya Mat Jue. Siaplah kau!
Ranting kayu di tangan aku libas-libaskan seperti pedang. Mat Jue membalas. Sesekali aku tak sempat mengelak, pedang kayu Mat Jue mengena bahu aku. Sialan! Dia yang bodoh, dituduhnya aku menipu. Tok Ayah cakap, orang-orang yang suka menuduh orang lain jahat, suka buat fitnah dan cerita-cerita menipu ni,
Mat Jue melibas pedang kayu aku. Dua-dua pedang kami terpelanting. Aku makin sakit hati dengan Mat Jue. Aku terkam Mat Jue, tampar dua pipi Mat Jue yang memang dah penuh dengan parut-parut kesan dicalar duri waktu masuk hutan curi-curi mandi sungai dulu. Tak padan dengan budak perempuan. Hoi perempuan, kalau suka menipu tu, menipu jugalah keluarga kau semua-semua! Jerit Mat Jue sambil menarik tocang rambut aku. Kau yang bodoh. Tok Ayah cakap adalah strategi perang macam tu! Balas aku.
Aku dan Mat Jue tengah main-main perang dekat alur air belakang rumah Tok Ayah. Alur air itu menjadi laluan pesawah melepaskan air ke petak-petak sawah masing-masing. Hujung alur akan berpecah menjadi dua cabang, menjadikan seolah cabang tiga dihujungnya. Di situlah Mat Jue kata nak bina kubu askarnya. Aku ikutkan saja. Lepas itu Mat Jue buat benteng dekat alur air utama, konon-konon menghalang kapal perang aku nak masuk menyerang. Mat Jue ingat aku bodoh agaknya. Tok Ayah selalu cerita pasal Sultan Muhammad Fateh menakluk Konstantinople. Aku pun apa lagi, tunjuklah skill aku pada Mat Jue yang tak berapa bijak tu. Aku kutip ranting-ranting, cabut rumput buat laluan untuk kapal kertas aku panjat bukit tepi alur itu. Lepas itulah si Mat Jue mula bising-bising. Kata aku main tipu. Mana ada kapal boleh panjat bukit. Menjerit-jerit Mat Jue marahkan aku. Aku pantang orang cakap aku penipu. Ranting ketapang yang jatuh aku kutip dan libas betis Mat Jue. Pantas Mat Jue balas dengan ranting yang lagi besar.
Hingar kami bertumbuk sampai ke pendengaran Tok Ayah yang sedang duduk-duduk di serambi depan rumah. Tok Ayah cekak leher baju aku, cekak leher baju Mat Jue, terawang-awang kami. Tok Ayah memang kuat. Tok Ayah ajar orang silat dekat kampung aku. Tok Ayah pernah hidup zaman British ada lagi kat
“Ain, kau ni dah kenapa? Tak padan dengan anak perempuan bertumbuk dengan Mat Jue. Tak malu ke orang tengok.”
Aku sekadar mencebik mulut. Tok Ayah pulas betis aku waktu itu, kurang ajar sangat, kata Tok Ayah. Masa itu aku tak menangis walau setitik air mata pun. Aku bilang pada Tok Ayah, Mat Jue yang salah sebab dia bodoh. Mat Jue tunduk saja masa aku baca pertuduhan itu padanya. Mat Jue memang takut dengan Tok Ayah. Mat Jue tu, nama saja lelaki, tapi lembik. Kalau gaduh dengan aku, seratus peratus menang aku.
“Mat Jue kata Ain buat strategi perang tipu. Ain tiru Strategi Sultan Muhammad Fateh yang Tok Ayah cerita saja. Mat Juelah yang salah sebab tak pandai. Tak tahu cerita Sultan Muhammad Fateh takluk Konstantinople.” Tok Ayah kutil lengan aku sebab cakap Mat Jue tak pandai. Aku sengih saja.
Tok Ayah tarik tangan aku dan Mat Jue ke pangkin depan rumah. Tempat Tok Ayah selalu tengok anak-anak murid silatnya berlatih. Kata Tok Ayah, nanti Tok Ayah cerita sekali lagi tentang Sultan Muhammad Fateh. Biar Mat Jue pun tahu cerita itu. Ini semua salah Mat Jue! Semalam Tok Ayah janji nak cerita tentang Salahudin al-Ayubi, ini dah jadi lain pula. Mat Jue yang tak tahu, aku pun kena dengar sekali lagi cerita ini. Ini cerita Tok Ayah.
29 Mac 1432, Sultan Muhammad Fateh dilahirkan. Sultan Murad, ayahandanya Sultan Muhammad Fateh ketika itu sedang membaca al-Quran yang bermaksud "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"(Al Fath:1) ketika berita tentang kelahiran puteranya sampai ke telinga baginda. Ini adalah sebagai satu petanda bahawa putera yang lahir itu akan membawa perubahan yang besar dalam sejarah Islam. Sultan Muhammad Fateh dididik dengan ilmu agama dan panglima-panglima perang yang hebat diminta untuk mengajar beliau. Ketika Sultan Muhammad Fateh meningkat umur 19 tahun, beliau sudah memegang tampuk pemerintahan. Di kala itu, beliau sudah sangat arif tentang tipu muslihat musuh kerana sejak berusia 16 tahun lagi Sultan Muhammad Fateh telah diberi kepercayaan untuk menjadi pemangku sultan memerintah Turki sewaktu ayahandanya ke Pulau Magnesia untuk bersuluk.
Sultan Muhammad Fateh bercita-cita untuk merealisasikan hadith yang disabdakan oleh Rasulullah yang tercinta 700 tahun yang lalu.
Abu Qubail menuturkan dari Abdullah bin Amr bin Ash, “Suatu ketika kami sedang menulis di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba beliau ditanya, “Mana yang terkalahkan lebih dahulu, Konstantinopel atau Romawi?” Beliau menjawab, “
Kemudian Tok Ayah tiba-tiba bertanya aku, Ain belum dengar lagikan cerita tentang Salahudin al-Ayubi? Aku geleng sambil menjeling Mat Jue. Mat Jue punya pasallah ni! Tok Ayah paut bahu aku, dan cakap – ramai orang yang kagum dengan kisah peperangan antara Balian of Ibelin dan Salahudin al-Ayubi bila melihat penggambaran filem Kingdom of Heaven, tapi peperangan Sultan Muhammad Fateh jauh lebih hebat. Aku kelip-kelip mata. Budak-budak silat Tok Ayah selalu juga sebut cerita
Hari Jumat, 6 April 1453M, Sultan Muhammad Fateh bersama gurunya, syeikh Aaq Syamsudin, beserta tangan kanannya, Halil Pasha dan Zaghanos Pasha merencanakan penyerangan ke atas Konstantinople dari berbagai penjuru benteng kota tersebut. Dengan berbekal 150 000 ribu pasukan dan meriam buatan Urban – teknologi terbaru saat itu, Sultan Muhammad Fateh mengirim surat kepada Paleologus untuk masuk Islam atau menyerahkan penguasaan kota secara damai atau perang. Constantine Paleologus menjawab akan tetap mempertahankan
Berhari-hari hingga berminggu-minggu benteng Konstantinople tak bisa dimusnahkan, kalaupun runtuh membuat celah, pasukan Konstantine mampu mempertahankan celah tersebut dan dengan cepat menumpuk kembali hingga tertutup. Usaha lain pun dicuba dengan menggali terowong di bawah benteng, cukup menimbulkan kepanikan
29 Mei, setelah sehari beristirahat, Sultan Muhammad Fateh kembali menyerang, diiringi hujan dengan tiga lapis pasukan, irregular di lapisan pertama, Anatolian Army di lapis kedua dan terakhir pasukan Yanisari. Giustiniani sudah menyarankan maharaja Konstantine untuk mundur atau menyerah tetapi Konstantine tetap bertahan hingga gugur di peperangan. Kabarnya maharaja Konstantine melepaskan baju perang kerajaannya dan bertempur bersama pasukan biasa hingga tidak pernah ditemukan jasadnya. Giustiniani sendiri meninggalkan
Konstantinopel telah jatuh, penduduk
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapakah selayaknya menjadi imam. Sultan Muhammad Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya untuk bangun dan baginda lantas berkata. "Siapa di antara kamu sejak balighnya hingga ke saat ini pernah meninggalkan sembahyang fardhu sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, melambangkan tidak ada seorang pun di antara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu.Sultan Muhammad Fateh berkata lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib sila duduk!" sebahagian daripada tenteranya duduk. Sultan Muhammad Fateh meneruskan lagi, "Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga ini pernah meninggalkan sembahyang tahajjud, sila duduk!" Kali ini seluruh tenteranya duduk, kecuali seorang. Dia itu tidak lain tidak bukan ialah Sultan Muhammad Fateh sendiri. Dialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak akil baligh. Inilah dia anak didikan Shamsuddin Al Wali dan dialah ketua yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w.
“
Mat Jue memuncungkan mulutnya. Berat nak mengaku yang aku tak salah sewaktu memikirkan strategi perang tadi. Aku tersengih-sengih, tanda aku menang lagi hari ini. Tok Ayah menamatkan ceritanya. Tok Mek datang membawa sedulang ubi kayu rebus dengan sambal ikan bilis. Berasap berkepul-kepul ubi rebus itu. Terus aku dan Mat Jue melupakan sengketa sebentar tadi.
Hari ini aku berdiri lagi di sisi alur kecil itu. Dari jauh aku lihat Mat Jue tersengih memandang aku. Lama sudah kisah itu berlalu. Aku dan Mat Jue masih kanak-kanak umur
“Assalamualaikum. Lama tak jumpa. Sihat ke, bakal jurutera NurAin?” Mat Jue, 24 tahun.
“Waalaikummussalam. Alhamdulillah sihat doktor Zulfikri.” Aku, 23 tahun. Kembali aku tersenyum melihat Mat Jue dan alur kecil, serta memori Sultan Muhammad Fateh.
5 Comments:
moga Allah akan terus menerus memberi ilham pada awak,
moga Allah juga akan terus menerus memberi cahaya kepada sesiapa yang membaca artikel awak...
lillahi taala kita melakukannya..
Alhamdulillah, walaupun sekadar meng edit kisah Sultan Muhammad Fateh yang telah ditulis oleh seorang hamba Allah yang lain.
Tambah sikit-sikit bagi menarik sahaja.
Wassalam buat pembaca sekalian.
baca citer ni rasa sebak lak..xtau nape..tp part last tu romantik..ahaks:)
a'kum bro, nak tahu, kat mane lagi website untuk research2 sket kisah2 sperti ini yer? sleain Muhammad Al Fateh, Salahudin al Ayubi etc. Byk gak saya carik kat internet, tp kalo blh nk website yg sahih2 dan ,jika kamu pernah jumpela, yg byk info dikumpulkan.
Jzklh
Rahman
Salam akh,
Tokkura biasa mendapatkan info terus daripada buku sahaja.Kalaupun daripada website,rencana itu perlu menyatakan rujukan yang telah digunakan sebelum tokkura guna sebagai bahan info.Afwan,tak dapat membantu.
-FYI, tokkura seorang muslimah.^_^v-
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home