Tulang temulang
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Munsyid : Dehearty
Bumi sakura hampir tiba ke penghujung Julai, namun rintik hujan masih menemani. Rupanya musim panas masih belum tiba sepenuhnya. Taufan sudah mula menjengah kelibatnya beberapa hari belakangan ini. Juga gempa bumi berukuran 3 skala Richter mengejutkan saya yang tengah kebosanan dengan nota-nota peperiksaan semalam. Hukum alam, siapa yang mampu menduga.
Tahniah saya ucapkan kepada beberapa sahabat yang sudah bergelar puan, dan sahabat yang akan bergelar puan, Ogos nanti. Moga kebahagiaan milik kalian.
Satu pesanan dari saya kepada sahabat yang akan bergelar suami, wanita itu dicipta dari rusuk lelaki maka seorang lelaki itu hanya memerlukan satu sahaja tulang rusuk buat pelengkap hidup. Kalau siapa yang kahwin lebih, maka tulang rusuknya akan lebih dua, tigalah gitu! Ha ha. Sekadar gurauan, jangan benci saya..(Saya tengah kesedihan kerana gagal menjawab soalan peperiksaan dengan baik.)
Cuba tanya doktor, lelaki punya berapa tulang rusuk, perempuan punya berapa? Sila tinggalkan jawapan anda diruangan komen. Soalan menguji pengetahuan anda, dan pastinya tokkura punya jawapannya!
Entri ciplak dari Tuan Tanah. Moga dihalalkan.
2 Comments:
salam~saya rasa perempuan atau lelaki mempunyai bilangan tulang rusuk yang sama...iaitu 24(12 pasang)...ape yang saya faham..penggunaan ayat, wanita adalah dr tulang rusuk lelaki tue adalah dalam metafora yang membawa maksud wanita ini umpama tulang rusuk yang fragile itu...bleh rujuk,http://www.darulkautsar.com/pemurniansejarah/teks/israiliyat/rusuk.htm...wallah hualam
-hana-
Terima kasih kepada saudari Hana. Moga menjadi satu ilmu baru kepada semua. Untuk bacaan lanjut, boleh klik sini .
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home