Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Sunday, November 18, 2007

Dewasa dan risiko

Pertengahan November, suhu sekitar turun ke 10 darjah selsius. Sedangkan siang hari tadi, masih 17 darjah selsius. Ssejjukk..

Saya, di rumah yang sempit ini dengan heater dipasang ke suhu 25 darjah selsius sedang enak-enak makan 'instant pancake' yang saya masak selepas menelefon Mira Da Zinnera atas beberapa urusan. Sambil makan-makan, tangan laju membuka kotak email. Ada email baru, 'New comment on Ibu bapa kurang ajar!' dari Ex-Kelas Gamma. Classmate saya sewaktu tingkatan 4 dan 5 dahulu. Siapakah gerangannya, wallahualam. Tapi komen pendeknya membawa saya pantas mengimbas kembali kenangan zaman persekolahan. Seronok, tidak seperti zaman universiti (maksud saya zaman undergraduate saya, apatah lagi zaman sekarang - master yang memenatkan.)

Zaman universiti (baca juga dewasa) tidaklah seindah yang digambarkan dalam novel-novel cinta. Tidak juga semudah kehidupan universiti yang dibayangkan dalam beberapa buah filem Melayu. Universiti, membawa maksud kebebasan tanpa kawalan, dunia cinta, berfoya-foya dengan kawan-kawan, dan apa sahaja takrif pelajar universiti kepada kita. Begitu senangkah takrifnya?

Dewasa tidak hanya hadir dengan kebebasan diri. Kebebasan hadir dengan bayarannya. Dengan akibatnya. Dewasa memberi maksud pilihan itu di tangan kita. Apa jua pilihan, kita yang tentukan. Dewasa juga hadir dengan membawa erti kejayaan atau kecundang. Dewasa mengajar kita untuk tersungkur, dan bangun lagi untuk meneruskan jalan hidup yang kita pilih. Ya, memiliki dewasa bermakna kita juga memiliki risiko (samada gemilang atau walang).

Terngiang-ngiang di telinga lagu Jalan Bahagia dendangan Hijjaz. Walhal, sekarang lagu Sumayyah (Hijjaz) yang sedang didendangkan.


Di dalam menjalani hidup di dunia
Tiada lepas dari pancaroba
Kita yang diciptakan dengan kelemahan
Perlukan petunjuk panduan Tuhan
Tiada yang kuasa melainkan Dia
Mentakdir menentukan segalanya
Supaya selamat dunia akhirat
Tekun pada amal ibadah

(Petikan lirik Jalan Bahagia - Hijjaz)

Namun, biarlah sebarang pilihan yang dibuat ditunjangi dengan agama. Biarlah setiap kali tersungkur mahupun terlencong dari landasanNya, kita mampu untuk kembali ke jalan yang satu. Dunia hanya diberi dua pilihan - Islam atau selain Islam. Tidak ada jalan tengah di antaranya. Rasanya tidak perlu saya takrifkan maksud Islam itu sendiri. Kata Islam itu sendiri membawa maksud 'menyerah diri' (rujuk al-Baqarah : 131) merupakan satu kata kerja yang wajar dilakukan, bukan hanya sekadar satu kata nama yang dicatat di dalam kad pengenalan atau pasport dan dijaja kepada semua. "Saya seorang Islam, namun pilihan hidup saya langsung tidak mengikuti landas Islam kerana saya seorang pelajar universiti - punya kebebasan untuk memilih", memadaikah dengan hanya begitu? Soalan itu, saya tinggalkan untuk anda yang jawap.

Cukuplah tulisan saya untuk hari ini. Motif utamanya hanya ingin memberitahu dunia, saya sudah kepenatan untuk meneruskan ijazah sarjana ini! Allah, berikan saya 'kekuatan' untuk terus tabah dengan pilihan saya ini. Doakan saya cekal ya!

Saya sudahi dengan sekeping catatan 'kebosanan' sewaktu menjadi Teaching Assistant(TA) minggu lepas.


Neko berlari mengejar ikan
kucing berlari mengejar ikan.
Apa beza
neko dan kucing?

Sifatnya tetap sama, fitrahnya tidak beda
lalu...
Kenapa digelar kucing
kenapa digelar neko.

Aargh..manusia yang menghukum.
Itu neko, itu kucing.

Itu Yahudi, itu Nasrani.
Sifatnya tidak beda, fitrahnya tetap sama.
Hanya manusia,
fitrahnya milik Yang Esa.
Lalu..kenapa Yahudi, kenapa Nasrani?

Aargh.. ibu bapa yang tentukan
Hebatkah manusia untuk menentukan jalan hidup sendiri,
sedang akhirannya, milik Satu.
Nyata, pilihan itu telah terbentang
hanya perlu melangkah.

Itu kura-kura,
Itu penyu,
Itukan kisah lain
spesiesnya beda amat!

November 16, 2007
371 Life Science
Oomiya Campus



** Catatan 'kebosanan' itu masih belum bertajuk. Minta idea daripada pembaca ya.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

-Tu ada tajuk dah tu =P. Dewasa dan risiko. Kelainan tu tetap ada sbb fasa kehidupan sudah berubah. Dulu objective is simple. Stay in school and make sure you score in your exams. Tak kira lah PMR ke SPM ke.
Deadline? Tidak wujud selagi kerja sekolah/GLA/lab report boleh di buat seblm subjek tu bermula =P.
Gagal? Boleh ditebus jika kesedaran tu tidak datang di masa yg terlalu lambat. Masters? I'm not in the capacity to comment. Habis degree pun alhamudillah. Penat? Take your time out. Blogging is also a good way to express your feelings. Tak semestinya jadi prototype mcm blog orang meluah perasaan sampai pegi toilet 10 kali sehari bgtau. Tp once in a while I can cut you some slack for doing so =P. Susah? Mmg la dah nama Master (read: Sarjana). Deadline tu ada and failure is not an option. I said and i qoute from someone: In the middle of difficulties, lies opportunities. Nyata minah itu menggunakan kata2 tersebut to her advantage and excel in both studies and her careers.
-P/S: Congrats sbb berjaya sambung ke tahap masters. Tak semua org dpt peluang ni so harap bertabah hati sampai ke garisan penamat. Need help? Need someone to talk to? You know how to dail HIS number in times like this.
-P/S & P/S: I'm not a religious person so this is a side of you that I had never known .Dah abis pun baca blog mu sampai archive2 lama. Light reading but compensates all aspects of life. Semoga berjaya menjadi anak singa (yg tak makan orang hopefully) yang anda citakan =).

1:08 AM  
Blogger tokkura said...

Jazakallah sahabat saya untuk komen yang menarik..

Juga jazakallah sekali lagi kerana sudi baca 'Bicara kalam..' sampai habis. Moga tidak membosankan.

Salam ukhuwah dari tokkura~

12:15 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home