Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Wednesday, November 07, 2007

Sekeping Nota Kuning

Dari tempat duduk Ichimura (dalam lingkungan 3 meter dari meja saya) lagi sudah kelihatan nota kuning kecil itu ditampal pada skrin komputer saya. Tulisan tangan yang kemas, dalam bahasa Inggeris bertulis 'Before doing your work, please say HELLO to Mono.' Post-it kecil itu saya selalu lihat. Tertampal hampir di seluruh ruang meja Lorenzo, seorang budak Itali.

Saya : You wrote this?
Lorenzo : Yes. You are not saying 'hello' to me when you are coming to the lab in the morning, or when you are going home in the evening.

Dia senyum. Saya, tergamam. Owhh.. dia terasa hati. Dari air mukanya saya tahu dia berkecil hati kerana saya selalu mengucapkan 'selamat pagi' atau 'pulang dulu' dalam bahasa Jepun tanpa memandang sesiapa (kadang-kadang sambil menggantung jaket, kadang-kadang sambil menekan telefon mudah alih saya dan pelbagai gaya lagi). Tambahan pula dia tidak memahami bahasa Jepun.

Lorenzo : Sorry if I have make you misunderstood me or..
Saya : It's ok, next time I will say 'hello' to you. Really, really sorry..

Dia senyum lagi, sambil ketawa kecil. Saya? Rasa bersalah menggunung (mungkin setinggi Mt. Fuji). Sehinggakan dalam perjalanan pulang, saya masih berfikir. Tidak pernah terlintas di hati saya bahawasanya dia akan terasa, dan telus memberitahu saya yang dia mahu disapa setiap kali datang dan pulang.

Saya cuba selitkan kisah nota kuning ini dengan kehidupan seharian. Saya kira cukuplah saya melaksanakan tugas saya mengucapkan 'hello'. Tidak perlu saya memastikan adakah semua orang sudah mendengar ucapan saya, atau tidak. Saya tidak pedulikan mereka, dan mereka juga tidak pernah mempedulikan ucapan saya. Namun ternyata saya salah. Mungkin bukan Lorenzo seorang sahaja yang terasa, mungkin ada yang lain namun tidak cukup berani untuk bersuara. Yang penting, saya telah membuatkan mereka salah faham tentang diri saya. Saya sombong dan tidak melaksanakan hak sahabat satu lab dengan sempurna.

Perkara yang sama berlaku apabila anda tidak melaksanakan hak Islam yang ada pada diri anda. Sekadar melaksanakan Islam (apa sahaja takrifan Islam pada anda) secukupnya, anda kira anda telah melengkapkan haknya. Sedangkan ada insan yang masih belum memahami diri anda yang Islam itu. Mereka telah salah faham Islam yang dibawa anda kerana hanya separuh dari Islam itu yang ditunjukkan.

Sepertinya contoh, anda seorang ahli parti Bulan Bintang makanya anda berhak mengkafirkan semua ahli parti Penimbang Kilo. Adakah seorang Islam wajar mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak mengikut parti anda? Contoh lain, anda seorang Muslim tetapi anda tidak pernah bertanya, 'sihatkah saudaraku di Palestin sana, di Iraq sana?'. Adakah menjadi Muslim bermakna cukuplah anda seorang sahaja yang menerima rezeki Allah dalam dunia ini dengan senang lenang?

Masih tidak dapat isi penting yang ingin saya sampaikan? Contoh yang paling senang ; anda seorang muslimah yang memilih untuk menutup aurat sepenuhnya, namun anda masih berjalan berpegangan tangan dengan bukan muhrim. Itukah Islam pada takrifan anda? (Saya tidak gemar menggunakan contoh sebegini, maaf sekiranya menyentuh sensitiviti sesiapa.)

Itulah yang ingin saya sampaikan. Bosan? Maaf kerana membosankan anda. Maaf kerana membuang masa anda. Saya juga tidak sempurna, sekadar bercerita apa yang saya dapat dari ketelusan Lorenzo hari ini.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

Petikan 'Syair perahu'
oleh Hamzah Fansuri





1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

master kat local u pun lebih kurang jugak,foreigner assume local sombong.it's not true,i try hangout dengan diaorg tapi i have my own friends(since kita kat malaysia).the trick is...i ask them about their work,progress...i do all these stuff.share with them songs that i like,talk about bola,lumba kereta,girls...hahaha could be anything.

8:57 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home