Malapetaka
June 13, 2007 5:30pm
Pemberitahuan:- Sebarang karya yang dipaparkan di blog ini adalah hasil idea saya. Sekiranya saya menceduk daripada mana-mana bahan rujukan, insyaAllah akan saya nyatakan rujukannya. Diharap karya yang dipaparkan tidak diulang terbit di mana-mana blog atau website tanpa kebenaran saya. Sila maklumkan sekiranya ingin menggunakan untuk apa-apa tujuan sekalipun. Terima kasih.
Malaysia 2011. Empat tahun Nabila hilang. Hilang dari keluarga, hilang dari ingatan sendiri. Kaki menjejak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),
“Mak Lang!” Jerit Nabila. Mempercepatkan langkah menuju ke arah ibu saudaranya yang berusia dalam lingkungan pertengahan 40-an. Menghulurkan tangan untuk menciumi, namun Mak Lang gesa-gesa menarik tangan Nabila menuju ke pintu keluar. Nabila pinga-pinga tidak memahami.
Sebuah mpv sedang menunggu di ruang menunggu pintu 3, lambang Proton tetapi tidak Nabila ketahui model apa. Tidak pernah dia tahu model sebegini sudah dikeluarkan.
Nabila minta tidak dibuka penghawa dingin kereta. Dia ingin menghirup udara
“KMB itu, singkatan untuk apa Mak Lang?”
“KMB.. Keretapi
“Masa Bila hilang dulu, tahun 2007 kalau Bila masih ingat-pemimpin kedua tertinggi Malaysia waktu itu telah menukarkan kembali perkataan Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Kononnya untuk menyatakan Bahasa
Nabila ingat, sebelum kemalangan feri yang berlaku ke atasnya, akhbar tempatan sibuk menceritakan tentang istilah Bahasa Melayu yang diubah kembali ke Bahasa
Kelab Golf Diraja Seri Menanti dilalui dan kini tersergam indah Istana Lama Seri Menanti. Pantas Nabila terkenang memori bersama Tok Wan dan kisah Tasik Londa Naga yang diceritakannya. Bagai terasa lagi nyaman angin puput di tepian tasik itu. Kereta meluncur lagi melintasi kampung Buyau, Mertang dan Gunung Pasir. Akhirnya destinasi yang dituju tiba. Kampung Tobek Godang. Tobek Godang, bermakna ‘kolam besar’ dalam dialek Negeri Sembilan, terngiang suara Tok Wan suatu waktu dahulu bercerita kepada Nabila yang tidak tahu langsung berbahasa negeri. Pintu mpv dibuka dan kelihatan sepupu-sepupu dan saudara mara Nabila beratur dihadapan tangga rumah.
“Bila, tak sangka hidup lagi kau rupanya. Rasa macam tengok roh kau berdiri depan aku.”Jerit Syazila sepupu yang sebaya dengan Nabila. Syazila dengan rambut paras bahu dilepaskan meliuk-liuk ditiup bayu petang, memeluk sepupu yang lama hilang. Nabila tersengih sambil berfikir. Sejak bila Syazila tidak bertudung. Bukankah dahulu Syazila antara yang patuh menjaga auratnya? Mata Nabila menjamah setiap wajah yang ada. Syazila dan adik-adiknya yang semua perempuan anak Pak Su Khairi berderet memeluk Nabila. Semuanya sudah tidak bertudung, bahkan siap dengan ‘body hugging’ yang sendat. Astaghfirullah, Mak Su Sarimah juga tidak bertudung!
Semua berkumpul di tengah pangkin, sambil menghirup udara petang. Mak Long menghidangkan kuih lopes dengan teh panas buat hidangan waktu petang mereka. Nabila begitu teruja melihat kuih lopes kegemarannya, empat tahun tidak merasa kuih lopes. Kuih yang dibuat daripada pulut dan dibungkus dengan daun pisang itu direbus sehingga airnya kering. Kemudian dipotong, diasingkan daun pisang dan digaul dengan kelapa parut. Akhirnya dicecah dengan air gula enau. Laju sahaja Nabila menikmati kuih lopes.
“Kak Bila, kenapa kolot sangat pemakaian ni?”Syakila, adik Syazila.
“A ah, tak panas ke pakai jubah dengan tudung labuh begini? Dah lama fesyen macam ni tak dipakai di
“Kamu cakap gitu Shitah, Mak Lang yang pergi jemput dia kat KLIA, lagilah malu. Cepat-cepat Mak Lang tarik si Bila ni masuk kereta. Semua orang pandang, rasa macam pergi ambil arwah Tok Wan dulu-dulu lepas balik haji je.” Semua tergelak mendengar cerita Mak Lang. Nabila bingung. Pelik sangatkah dia berjubah labuh ke lutut, sepasang dengan seluarnya-rona hijau lumut. Dipadankan dengan tudung cotton warna putih. Nabila diam.
Sudah seminggu Nabila di Malaysia. Masih terasa canggung dengan suasana
Sepanjang pulang ke
“Nabil entah ke mana hilang. Sibuk memanjang dengan persatuan entah apa-apa. Kejap ke UIA, kejap ke UKM. Entah-entah dah masuk ISA agaknya. Kau jangan baik-baik sangat dengan Nabil itu, bahaya. Kerja tabligh, arqam barangkali.” Nabila diam tidak menjawab. Alhamdulillah, Nabil masih Nabil yang dahulu. Nabila tidak risau, kerana dia tahu apakah kerja Nabil.
Hari ini Nabila ke Suria KLCC. Sekadar memenuhi masa lapang, kerana di rumah semua orang sibuk dengan kerja masing-masing. Banyak kerja yang perlu diperbetulkan di rumah. Sejak pulang, Nabila masih tidak melihat seorang pun yang membaca al-Quran. Setiap malam, hanya suara Nabila sahaja yang kedengaran mengalunkan kalimah Allah itu. Sewaktu mencari kitab Allah di rumah, Nabila lihat al-Quran yang ada sekadar diletakkan di atas rak buku sebaris dengan buku-buku motivasi tulisan Dale Carnegie, novel-novel karya Sidney Sheldon dan koleksi Harry Potter tulisan J.K Rowling. Bahkan kalam Allah itu sudah usang berhabuk dimakan anai sedikit. Nabila menarik nafas dalam, memikirkan tugas yang terbeban dibahu kerana rasa tanggungjawabnya kepada kalimah Laila ha illallah.
Sambil melangkah melihat pelbagai ragam manusia, Nabila terpandang poster memberitahu konsert terbesar Akademi Setan-sia akan diadakan di perkarangan KLCC beberapa hari lagi. Nabila tarik nafas lagi. Dalam banyak-banyak hari, kenapa penganjur memilih hari Jumaat. Konsert bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam. Solat Jumaat? Tidak berakalkah penganjur. 12 jam pula tu. Lamanya. Nabila menapak ke luar bangunan menuju ke taman KLCC yang seluas 50 ekar. Dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri
Namun Nabila tidak dapat menikmati langsung keindahan yang ada kerana terasa sesak melihat gelagat pemuda-pemudi yang ada. Tanpa segan silu bercengkerama seolah dunia ini milik mereka sahaja. Di satu sudut di bangku yang disediakan, terdapat sepasang remaja sedang duduk-duduk, tetapi tangan si lelaki sudah menjalar ke kawasan-kawasan larangan. Itu belum aksi mereka yang berciuman, dan boleh dikatakan semuanya anak Melayu! Nabila malu, malu yang teramat. Di mana pencegah maksiatnya? Nabila mendekati dua orang yang berada paling hampir.
“Dik, tak manis orang Melayu berkelakuan begini.” Lembut suara Nabila.
“Orang kampung memang sibuk nak ambil tahu hal orang!” jerkah si lelaki.
“Kak, pencegah maksiat pun tiada kuasa nak ambil tindakan, siapa akak yang lebih-lebih pula ni?” gadis manis bermulut lancang itu menempelak. Keduanya bangun meninggalkan Nabila yang kelu.
Nabila membuat keputusan untuk pulang sahaja. Hatinya walang bukan kepalang melihat generasi yang rosak. Sepanjang jalan, kiri kanannya tidak kelihatan gadis manis bertudung, apatah lagi berbaju kurung sepertinya. Nabila merasakan dia keseorangan di muka bumi ini. Adakah perjuangannya tidak berteman? Nabila mahukan Nabil. Di mana Nabil? Nabil, pulanglah..
Tobek Godang. Rumah pusaka Tok Wan. Sebuah kereta Perodua menjalar di hadapan rumah. Nabila penat untuk mengambil tahu siapakah tetamu Mak Long hari ini. Pilu hatinya bukan ada yang memahami. Menjadi anak yatim piatu, sungguh dia merasa keseorangan. Padahal ibu dan ayahnya sudah lama pergi bertemu Yang Esa. Tunduk Nabila melangkah ke bilik,
“Nabila ye? Alhamdulillah. Akhirnya bertemu juga kita.”
“Siapa saudari?”
“Zaujah aku.” Suara Nabil. Nabila pusing menghadap pemilik suara yang dirindui.
Air mata yang lama ditakung mengalir jua akhirnya. Nabila melangkah memaut leher Nabil. Kembar Nabila, dan satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup setelah mereka sekeluarga mengalami kemalangan sewaktu Nabil dan Nabila masih di tingkatan empat. Bahu Nabil basah dengan air mata Nabila. Nabil kelihatannya sangat matang, berbanding empat tahun yang lampau. Perempuan yang sedang sarat mengandung itu tadi memeluk Nabila dari belakang dan mengusap-usap memujuk tangis Nabila.
“Kenapa kau tidak pulang menyambut aku tempoh hari?” Nabila, setelah reda tangisnya.
“Aku punya tanggungjawab lagi besar untuk dilaksanakan. Lagipun aku tiada di sini, aku ke pantai timur. Menguruskan sesuatu.” Nabila faham.
“Tidak mahu kenalkan aku dengan zaujah dan bakal khalifah Islam yang baru?” Nabil senyum merangkul isterinya. Dipimpin ke sofa di ruang tamu. Nabila membontoti mereka, dan Mak Long melangkah ke dapur-memberi ruang kepada Nabil dan Nabila berbicara.
“Kenalkan, Zinnirah-zaujah aku. Usia perkahwinan, hampir setahun. Bakal khalifah ini, insyaAllah akan keluar dalam hujung bulan ini. Itu belum aku fikirkan namanya. Mungkin memang menanti makciknya memberi nama.”
“Kau tahu nama tokoh kegemaran aku. Tak perlu aku namakan.” Nabila gembira, bersyukur ke hadrat Ilahi dan segala macam perasaan menari dalam hatinya.
“Ceritakan apa yang terjadi sewaktu kemalangan itu menimpa kau.” Serius raut wajah Nabil sewaktu menuturkannya. Nabila menarik nafas. Mengulang cerita yang telah dikhabarkan kepada sepupu-sepupunya dahulu hari pertama dia tiba di
2007, aku dan beberapa sahabatku mengadakan jaulah ke
Makanya aku terus tinggal di
Nabila menamatkan kisah hidupnya selama dia menghilangkan diri. Nabil menarik nafas dalam mengucapkan tasbih dan tahmid kepada Allah kerana memulangkan satu-satunya darah daging yang ada kepadanya kembali. Sewaktu diberitakan Nabila hilang dilaut, dia hilang arah. Waktu itu Nabil masih di Melbourne-Monash Medical Centre sedang meneruskan pengajiannya dalam bidang perubatan. Hatinya redha walau dalam walang. Kini adik yang satu di hadapan mata. Tidak berubah, itu lebih dia syukuri. Allah, apakah rahsia dibalik dugaanmu ini.
Nabil memohon cuti beberapa hari semata-mata kerana Nabila. Tambahan pula Zinnirah perlu dibawa ke klinik untuk pemeriksaan berkala menjelang hari-hari yang makin hampir. Mereka bermalam di rumah pusaka Tok Wan. Sepanjang mereka bermalam di situ, Nabila tidak pernah berenggang dengan kakak iparnya. Tidak sabar-sabar mahu menimang anak buah.
Jumaat. Nabil membawa Zinnirah dan Nabila ke
Jam satu petang, Nabil, Zinnirah dan Nabila tiba di pekarangan Masjid Asy-Syakirin. Bingit telinga mereka mendengar bunyi gema dari jauh. Jemaah masjid yang baru tiba juga berkerut-kerut dahi menjelaskan rasa tidak senang dengan bunyi-bunyian itu. Nabila pantas mengingati poster konsert Akademi Setan-sia yang dilihatnya beberapa hari yang lalu. Astaghfirullah. Nabila hanya mampu beristighfar sambil memimpin Zinnirah ke ruang masjid untuk muslimah. Beberapa jemaah tunduk menghormati Nabila dan Zinnirah. Daripada membuang masa di kompleks membeli belah, lebih baik Nabila berehat menemani Zinnirah sementara menunggu Nabil selesai solat. Dari ruang muslimah, Nabila mencuri pandang ke ruang solat lelaki. Satu, dua, tiga, empat saf sahaja? Ke mana pergi lagi lelaki-lelaki lain? Empat saf bermakna mungkin dalam 50 ke 60 orang makmum sahaja. Sekadar cukup syarat untuk menunaikan solat Jumaat sahaja.
Bunyi alat-alatan muzik dan suara penyanyi memenuhi suasana masjid.
Allahu akhbar allahu akhbar…
Aku cintakan kamu, kerana keayuan wajahmu…
Allahu akhbar allahu akhbar..
Kenapa kau tidak mahu memahami hati ini
Ashhadu anlaaila.. KENAPA KAMU!!! Ha illallah..
Tersekat-sekat bilal mengalunkan azan. Berselang-seli suara bilal memanggil umat menunaikan kewajipan kepadaNya dengan suara penyanyi nombor entah ke berapa dalam
Azan kedua juga masih diiringi dengan lagu-lagu rancak dari konsert Akademi Setan-sia. Nabila tidak henti-henti berdoa moga pihak penganjur atau sesiapa sahaja dari konsert itu menyedari bahawasanya solat Jumaat sedang berlangsung. Sekurang-kurangnya menghormati waktu solat. Khutbah juga disampaikan dalam tenggelam timbul suara gemersik penyanyi wanita. Nabila membayangkan pemuda-pemudi sedang rancak bertepuk sorak menari lelaki perempuan tanpa menyedari bahawasanya malaikat Atid sibuk seolah tidak cukup tangan sedang menulis catatan di bahu kiri dan betapa malaikat Raqib tidak mempunyai pekerjaan untuk dilaksanakan.
Saat imam menyebut ‘ittaqillah’ dalam khutbah yang disampaikan, masjid bergegar. Kipas tegak di tepi dinding terbalik menyambah lantai. Dinding masjid dan lantai beralun mengikut rentak bumi. Jishin! Subhanallah, Nabila memaut bahu Zinnirah yang sedang mengucap tidak henti. Imam tergamam, memberhentikan khutbah. Jemaah yang hadir pinga-pinga. Nabila membuat perkiraan, tidak kuat gegarannya. Mungkin kesan gegaran gempa bumi di Sumatera. Dalam 3 skala Richter sahaja barangkali. Gegaran tamat. Nabila tarik nafas, menggosok-gosok bahu Zinnirah yang kepucatan namun lidah tidak lekang dengan zikir kepadaNya.
BANG!!! Bunyi dentuman entah dari mana. Allahu akhbar!
Nabila bingkas bangun. Meninggalkan Zinnirah. Jemaah sudah mula berkumpul di pekarangan masjid. Bala apa pula kali ini. Nampaknya bukan sekadar gempa bumi sahaja. Ya Allah, terlintas prasangka buruk di hati Nabila. Pantas menyarung kasut, berlari ke arah
Ya Allah, kuatnya bau busuk ini. Apakah ia ya Rabbi? Beberapa orang berlari menjauhi pentas konsert. Dalam keadaan histeria seolah melihat sesuatu yang sangat menakutkan. Nabila lari lagi, makin laju langkahnya. Dan di hadapannya, kelihatan seperti sebuah pentas konsert-atau mungkin pernah menjadi sebuah pentas konsert. Terbelah dua. Bumi terbelah dua, rekahan bermula dari pentas konsert menganjur ke tengah-tengah bangunan berkembar Petronas. Maha Suci Allah yang Memiliki alam ini!
Nabila kaget. Penonton entah di mana. Beribu-ribu penonton yang menghadiri konsert hari ini lesap tanpa sebarang bukti. Bau busuk yang keluar dari perut bumi menyesak-nyesak hidung Nabila. Nabila terduduk. Dan dilihatnya tangan seorang tergapai-gapai dari tebing rekahan bumi, meminta untuk diselamatkan. Hampir separuh badannya sudah berada di atas permukaan. Nabila bergegas ingin membantu dan… zapp!! Bagai disentap sesuatu dari perut bumi, lelaki yang terkapai-kapai itu hilang ditelan bumi. Nabila berlari ingin mencapai tangannya, namun di paut dari belakang, dihalang oleh Nabil. Nabil menggelengkan kepala tanda tidak perlu masuk campur dengan urusan al-Malik. Zinnirah memaut bahu kiri, dan Nabil di bahu kanan Nabila. Nabila terduduk kembali, menangis teresak-esak. Terngiang-ngiang kalimah Allah di telinga Nabila.
(keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim. [al-Anfaal:54]
*Kerana saya berasal dari Kelantan, persekitaran negeri Sembilan sehingga ke Tobek Godang, saya adaptasikan dari novel Mencari Locus Standi (Nisah Haron).
3 Comments:
uik..yang kotoba nihonggo tuh..walau secubit pon better letak glosari.. kat end of story..kan.
kpd apun,
terima kasih atas komen anda.lainkali saya akan lebih berhati-hati.(^_^)v
alhamdulillah sekurangnya masih ada penulis yg mahu menulis cerpen seperti ini.. tahniah kepada anda..
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home