Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Thursday, September 03, 2009

Salam Ramadhan



Marhaban ya Ramadhan...

Takbir! Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar!

Ramadhan datang lagi untuk kesekian kalinya. Tokkura sekali lagi dipanjangkan usia oleh yang Maha Esa untuk menikmati indahnya iman dalam bulan penuh keberkahan, Ramadhan al-Mubarak. Sekali lagi tokkura berpeluang bertemu dengan saum, terawih, solat malam dan kesibukan ummah mengkhatam al-Quran. Sungguh satu pemandangan yang maha indah yang tidak akan berlaku di dalam bulan-bulan yang lain.

Sungguh, manusia telah dijinakkan oleh Allah dengan sekelip mata! Allahu Akhbar!

Universiti Ramadhan datang setahun sekali. Tahun ini kita diberi kesempatan untuk menjadi mahasiswa universiti Ramadhan, siapa tahu tahun hadapan kita dipanggil bertemuNya. Seharusnya Universiti Ramadhan bakal melahirkan seorang graduan yang berTAQWA pada tibanya Syawal. Seperti dalam Kitabullah ayat 183 daripada al-Baqarah; dalil wajibnya saum. Allah menyatakan;
Agar kamu menjadi orang yang bertaqwa. Kata Allah. Namun begitu, seperti kebanyakan universiti-universiti lain, tidak semua graduan yang dihasilkan memuaskan. Ada graduan yang masuk universiti hanya untuk menyenangkan hati ibu bapa, malu pada masyarakat setempat, merasakan kewajipan untuk menggenggam segulung ijazah tanpa merasakan kewajipan menimba ilmu sebanyak mungkin.

Hal yang sama berlaku pada universiti Ramadhan. Ramai yang melalui Ramadhan hanya untuk mencukupkan syarat sebagai seorang muslim tanpa berusaha untuk menjadi seorang mukmin yang berTAQWA. Hasilnya, lahirlah graduan yang lebih sibuk mengejar Syawal.

Nilailah diri kita. Graduan apakah yang bakal dilahirkan menjelang Syawal nanti.
Salam alaikum. Kejarlah Lailatul Qadr, kerana ia hadiah istimewa untuk umat Muhammad daripada Rabbul Alam.

Salam Ramadhan daripada tokkura!