Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Sunday, February 18, 2007

Rindu Tariq

"Oh people ! There is nowhere to run away! The sea is behind you, and the enemy in front of you. There is nothing for you, by God, except only sincerity and patience."

Tariq membakar kapal yang digunakan untuk membawanya dan para tentera merentasi Selat Gibraltar. Bagaimana mahu pulang?

Gibraltar menjadi saksi kata-kata Tariq, menjadi saksi permulaan perjuangan Tariq. Dengan jumlah tentera yang sedikit, Tariq mara mencari kemenangan tanpa sedikit keraguan sekalipun. Pada Tariq, tiada istilah berpatah kembali setelah bumi Andalus itu dipijak. Dengan senjatanya, Roderick tewas, dengan semangatnya Roderick menyerah. Tiba-tiba saya teringatkan Tariq, dan perjuangannya jua semangatnya.

Tanpa Tariq, Andalus tidakkan wujud. Tanpa Tariq pastinya tiada sejarah apa itu sebuah al-Andalus.

Alhambra teguh di Granada
Sejarah kukuh di Cordoba


Bagai terngiang jeritan Tariq

Gibraltar saksinya


Laut di belakang

Musuh di hadapan

Pilihanmu satu.


Roderick yang lemah

atau kau yang waja

Pinjamkan

Pinjamkan semangatmu.


Friday, February 16, 2007

Uncovered meat and a cat pt.II

Apa yang akan saya tulis dan bincangkan dalam entri kali ini, mungkin akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan sesetengah golongan, mungkin juga akan dibidas oleh sesiapa. Namun, saya hanya menulis sekadar meluahkan pendapat saya sahaja.

Sudah kalian baca Utusan Malaysia ruangan Dalam Negeri edisi 16 Februari 2007 berkenaan artikel
Perkenal semula cawat besi elak rogol?

Sungguh tajuk itu berjaya menarik minat saya untuk membaca apakah isi kandungannya. Dan pastinya memang satu artikel yang menarik. Kaum Hawa tanpa mengira usia kini terdedah kepada sikap Adam yang tidak dapat mengawal nafsu mereka, lalu terjadilah kes rogol. Oowh..seramnya saya menyebut perkataan itu. Mungkin kaum Adam tidak memahami bagaimanakah perasaan yang saya rasa ketika menyebut perkataan `rogol`, apatah lagi untuk saya membayangkan apakah kesan daripada tindakan sesetengah golongan yang hanya tahu memuaskan nafsu sendiri kepada kaum Hawa.


Namun pastinya akan ada suara yang membidas mengatakan, sekiranya mereka tahu menjaga akhlak dan sopan dalam berpakaian, pastinya masalah ini mampu dibendung sedikit, jika tidak secara keseluruhan. Lalu, kenapa masih ada golongan kanak-kanak dan orang tua dan juga mereka yang sopan dalam berpakaian menjadi mangsa? Susahnya masalah ini...


Penyelesaiannya, kaum Hawa perlu kembali memakai cawat besi, sebagai satu cara untuk membendung masalah ini. Kalau kita bersikap acuh tak acuh dalam menyelesaikan permasalahan ini, bagaimana untuk kita melahirkan umat lelaki yang berkualiti yang bakal memimpin negara.


Kaum Hawa memakai cawat besi sekalipun, belum tentu Adam akan menjadi umat yang berkualiti. Ya, mungkin masalah rogol akan berkurangan, namun matlamat sebenar tidak akan tercapai dengan hanya menyembunyikan daging di bawah saji. Kucing yang bijak akan cuba membuka tudung saji yang ada, atau mencari daging lain di rumah jiran sebelah. (Kisah daging dan kucing : sila rujuk entri pertama saya,
uncovered meat and a cat) . Maka, akan wujudkah pemimpin yang berkualiti?

Seharusnya, masalah utamanya adalah dengan mengajar si kucing, daging apa yang patut dimakan. Mengajar mereka dengan hanya mencari makanan yang halal, melentur dan mendidik sejak si kucing masih kecil. Peribadi yang dibentuk dari kecil akan menghasilkan kucing jantan yang berguna juga menghasilkan baka yang baik. Oops.. maaf kiranya ada yang berkecil hati dengan bahasa saya. Tidak bermaksud untuk melabelkan Hawa dan Adam dengan gelaran-gelaran sebegitu. Sekadar memberi contoh dan melepaskan rasa ketidakpuasan hati saya sahaja.


Sekiranya pemakaian cawat besi mampu menyelamatkan maruah dan keselamatan kaum Hawa, insyaAllah pastinya tidak akan ada bantahan dari golongan ini. Namun, masalah tidak akan selesai dengan hanya mencegah dan menghalang sahaja. Seharusnya apa yang patut dilentur, dibentuk, itulah yang seharusnya didahulukan.


Hanya Dia yang lebih tahu.

Sunday, February 11, 2007

Warkah buat Nadhrah

Lidah saya kelu dalam petah. Tingkah saya kaku dalam lincah. Hati beralun mendendangkan irama yang saya sendiri tidak tahu rentaknya. Punya seribu rencana, jutaan cerita mahu saya jalinkan dalam kenangan singkat itu.

Masa mengejar saya. Kerja dan tanggungjawab menghambat kala saya cuba membina sebuah ukhuwah itu, lantas emosi berceramuk, menggulung dan melibas alam. Sehinggakan saya hampir hilang keikhlasan diri. Kadang-kadang tenang jua menghadirkan diri. Dan, terima kasih saya ucapkan padaNya atas anugerah itu. Anugerah sebuah ketenangan itu hadir, melalui kalian, Nadhrah.

Walau ia sekejapan cuma, saya teramat menghargainya. Terima kasih Nadhrah untuk sebuah kenangan itu. Maaf kiranya petah lidah jua tingkah laku yang terzahir bisa mengguris kalian. Sekadar ingin mengabadikan nama Nadhrah dalam ruangan yang terbatas ini. Kiranya kalian terbaca, jutaan terima kasih saya ucapkan untuk sebuah kenangan itu. Moga ia tercipta untuk sebuah permulaan, bukan sebuah pengakhiran. InsyaAllah.

-saya-


Wednesday, February 07, 2007

Indahnya mereka

7 Februari 2007, suhu di luar mencecah 13 darjah selsius. Memandang ke bawah dari tingkat 3 fakulti kejuruteraan mekanikal, kelihatan beberapa pohon telah mula mengeluarkan kuncup-kuncup bunga kecil, merah juga putih. Menyatakan ke seisi alam, musim bunga telah mula menjengukkan diri meski suhu persekitaran masih menurun ke 6 atau 7 darjah selsius di waktu malam. Kagum merenung kuntum-kuntum kecil yang berani menjelmakan diri, sedangkan helaian daun pertama masih belum berani berputik menentang kesejukan alam. Berani meredah kesejukan sekitar untuk menjadi bunga pertama berkembang awal musim bunga tahun ini.

Namun, bagi saya, tidak semua bunga perlu membuktikan diri kepada alam, bahawa diri ini bisa menjadi yang terbaik, berkembang menjadi kelopak yang cantik. Beranggapan bahawa yang cantik akan sentiasa dipandang dan dipuji. Kerana yang cantik dan berkembang awal, pasti gugurnya juga awal menjelang kedatangan musim panas nanti. Bunga itu indah, wanita itu juga indah. Sifatnya sama, indah dipandang, menyenangkan sesiapa sahaja, dan semua insan sukakan keindahan. ........

**Oowh..masih banyak yang ingin saya tulis. InsyaAllah akan saya sambung sekiranya masa mengizinkan. Saya terlampau sibuk kebelakangan ini untuk menulis entri baru.