Bicara kalam...

Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65

My Photo
Name:
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia

Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Tuesday, April 27, 2010

Erti Hidup

Untuk adik-adikku;

Hidup tidaklah untuk mengeluh dan mengaduh
Hidup adalah untuk mengolah hidup
bekerja membalik tanah
memasuki rahasia langit dan samodra,
serta mencipta dan mengukir dunia.
Kita menyandang tugas,
kerna tugas adalah tugas.
Bukannya demi sorga atau neraka.
Tetapi demi kehormatan seorang manusia.


Petikan Sajak Seorang Tua Untuk Isterinya oleh WS Rendra.

Thursday, September 03, 2009

Salam Ramadhan



Marhaban ya Ramadhan...

Takbir! Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar!

Ramadhan datang lagi untuk kesekian kalinya. Tokkura sekali lagi dipanjangkan usia oleh yang Maha Esa untuk menikmati indahnya iman dalam bulan penuh keberkahan, Ramadhan al-Mubarak. Sekali lagi tokkura berpeluang bertemu dengan saum, terawih, solat malam dan kesibukan ummah mengkhatam al-Quran. Sungguh satu pemandangan yang maha indah yang tidak akan berlaku di dalam bulan-bulan yang lain.

Sungguh, manusia telah dijinakkan oleh Allah dengan sekelip mata! Allahu Akhbar!

Universiti Ramadhan datang setahun sekali. Tahun ini kita diberi kesempatan untuk menjadi mahasiswa universiti Ramadhan, siapa tahu tahun hadapan kita dipanggil bertemuNya. Seharusnya Universiti Ramadhan bakal melahirkan seorang graduan yang berTAQWA pada tibanya Syawal. Seperti dalam Kitabullah ayat 183 daripada al-Baqarah; dalil wajibnya saum. Allah menyatakan;
Agar kamu menjadi orang yang bertaqwa. Kata Allah. Namun begitu, seperti kebanyakan universiti-universiti lain, tidak semua graduan yang dihasilkan memuaskan. Ada graduan yang masuk universiti hanya untuk menyenangkan hati ibu bapa, malu pada masyarakat setempat, merasakan kewajipan untuk menggenggam segulung ijazah tanpa merasakan kewajipan menimba ilmu sebanyak mungkin.

Hal yang sama berlaku pada universiti Ramadhan. Ramai yang melalui Ramadhan hanya untuk mencukupkan syarat sebagai seorang muslim tanpa berusaha untuk menjadi seorang mukmin yang berTAQWA. Hasilnya, lahirlah graduan yang lebih sibuk mengejar Syawal.

Nilailah diri kita. Graduan apakah yang bakal dilahirkan menjelang Syawal nanti.
Salam alaikum. Kejarlah Lailatul Qadr, kerana ia hadiah istimewa untuk umat Muhammad daripada Rabbul Alam.

Salam Ramadhan daripada tokkura!


Friday, August 14, 2009

Kerdilnya aku!

"Kita mencari kedamaian, di mana kedamaian adalah cuaca kebebasan."

“We seek peace, knowing that peace is the climate of freedom.”

- Dwight D. Eisenhower


Rumah Tangga Bahagia

Oleh: Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta…
Diukir oleh intan permata

Tak kurang yang merasakan
Bahagia itu pada rupa…
Ditempa oleh wajah nan rupawan

Sesetengahnya berkeyakinan
Bahagia itu pada kemasyhuran
Dibaja dek gelar dan nama

Ramai juga yang merasakan
Bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan

Pelbagai jalan menimbulan dilema
Mencari yang benar, mempelai tersasar

Kalaulah bahagia itu pada harta…
Kalaulah bahagia itu pada nama…
Kalaulah bahagia itu pada rupa…
Kalaulah bahagia itu pada kuasa…
Kenapa Charles dan Diana berpisah?
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah?
Kenapa Onasis dan Jackie bertelagah?

Rupanya…
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir, rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara di laut nurani
Bahagia itu pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada jiwa
Mahkota di singgahsana rasa

Bahagia itu pada kesabaran…
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila sakit tak gundah
Bila gagal tak resah
Oh, suamiku, “Innalillah”

Bila kaya pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tak alpa
Bila sihat beribadat
Oh, isteriku, “Alhamdulillah”

Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Firman Allah yang bermaksud :
“Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati.”

Suami isteri sama-sama mengerti
Maksud terseni takdir Ilahi
Itulah zikir yang hakiki!


Hatiku terlalu kerdil
kenapa Kau muatkan
duka terlalu besar
di dalamnya?

"Lihat" balasNya
"matamu lebih lagi kerdilnya
bisa melihat seluruh alam"

-Rumi-



Allah itu segalanya. Allahu Akhbar!





Thursday, January 08, 2009

Alasan Semata


Alasan semata
(dedikasi untuk darah di Gaza)

Mereka di sana sibuk
sang suami meninggalkan isteri
yang merah inai di jari
untuk mengejar bidadari
yang menanti di syurga
setelah menumpahkan darah mewangi
menentang laknat khinzir
juga kera sejati.

Aku di sini juga sibuk
dengan tesis dan pembentangan
konon belajar tinggi
lebih daripada segulung ijazah
namun hati kering
jangankan mahu melontar batu
sepatu pun belum mampu aku
kirim.

Kami sangat sibuk
satu demi satu jasad kecil
dibedil dicabut nyawa
kalian penat menanam jasad
apa kata kami hancurkan
bom biar berkecai
tidak kalian perlu
bersusah hati lagi.

Anak bangsa aku juga sibuk
dengan pelbagai masalah
kononnya ijazah itu perlu,
pertama kali putus kasih,
annual night kali ini, mahu
pakai apa?
Itu anak bangsa aku,
yang konon pemimpin banggakan
bakal menggegar negara.

Siapa aku bising mengomel,
aku pun sibuk juga.
Tesis, pembentangan tak pernah
habis.
Aku juga manusia.
Kerana itu aku pandai,
beralasan.

Wednesday, December 17, 2008

千夜一夜物語

Adehh..banyaknya sarang ankabut di laman ini. Maaf pada semua, maaf pada Bicara Kalam...(^^). Saya berkenan dengan status Apun di Yahoo Messenger hari ini. Minta izin untuk dikarang dalam bahasa Jepun.


Here you go~
Daripada Apun.

Langit kita bukan sama biru
syurga kita bukan sama pintu.

Cerita kita bukannya tipu
cuma lagenda malam seribu satu.

Aku bukan kamu,
kita lain lalu.

------

Dan, versi bahasa Jepunnya.
Karangan tokkura.


我らは,
同じ青空の下に立つではなく
別々の天国の扉を開く.

自分らの語りは嘘と違う
ただの千夜一夜物語である.

僕はあなたではなく,
異なる道を通る.


Salam sayang daripada tokkura buat semua.
Sedang bertungkus lumus menyiapkan final thesis untuk Ijazah Sarjana saya. Doakan kejayaan saya.

Thursday, July 24, 2008

Mengemis di Kota Larangan

Salam buat pembaca 'Bicara Kalam...' semua. Maaf daripada saya buat semua kerana tidak punyai masa luang untuk menulis sebarang entri baru. Sudah bersawang teramat. Mungkin kalian patut tinggalkan sebarang komen (baca : komplen), menasihat atau mengutuk saya supaya lebih menghargai laman peribadi. Kadang cemburu melihat laman 'iniceritakita.wordpress.com' diupdate hampir setiap hari. Maaf saya tidak punya kesempatan untuk membuat link, mungkin kalian boleh buat carian sendiri tentang laman 'iniceritakita'.

Saya sekadar singgah sebentar untuk promosi hasil terbaru GKLN Publishing House bagi sesi 2008. Kepada sesiapa yang berminat, sila tinggalkan pesanan peribadi di kotak email yahoo saya. Atau sebarang soalan, boleh diajukan di kotak pesanan komen.

Karya pertama saya yang telah dibukukan, genre cerpen bertajuk 'Sempadan Khaliq', akan diterbitkan atas jasa GKLN Publishing House dalam bentuk kumpulan antologi cerpen.


MENGEMIS DI KOTA LARANGAN


Judul: Mengemis di Kota Larangan
Genre: Antologi cerpen
Penyelenggara: Adibah Abdullah, Rebecca Ilham, Hafez Iftiqar
Halaman: 180
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127-1-5
Tahun: 2008
Harga: RM15

MENGEMIS DI KOTA LARANGAN merupakan antologi susulan kepada Sayembara Cerpen Grup Karyawan Luar Negara 2008 yang berlangsung pada awal tahun ini. Menghimpunkan 15 buah cerpen, karya-karya yang termuat dipilih dari sekian banyak penyertaan yang diterima untuk sayembara tersebut, termasuklah 5 buah cerpen terbaik yang dipilih untuk menerima hadiah. Keseluruhan cerpen mengangkat suasana luar negara sesuai dengan pengalaman dan latar belakang penulisnya selain menyentuh pelbagai isu termasuklah sosiopolitik, perbezaan ideologi, sejarah tamadun, keamanan dan kemanusian, selain daripada kekeluargaan dan kasih sayang.-GPH-

Senarai cerpen: 1) Mengemis di Kota Larangan 2) Wahidah dan Secebis Tabah Khalilullah 3)Jihat ideologi Duka Andalus Lama 4) Usrah Terakhir di Penarek 5) Warkah Buat Rabiah 6) Inkarnasi Samuel di Nazareth 7) Wira 8) Mencerakinkan Kelabu 9) Impian Galsan Tschinag 10) Idealis 11) Kerna Cinta Zulaikha 12) Sayang Tak Terungkap 13) Manik-manik Berdebu 14) Sempadan Khaliq 15) Hadiah Dari Langit

Senarai penulis: Rebecca Ilham, Muhaimin Sulam, Hafez Iftiqar, Adibah Abdullah, Siddiq Osman, Lailati Mahat, Ainaa Mardhiah Suhaimi, Muhd Syukri Rosli, Emil Azhar, Rifhan Rasuli, Saiful Haq, Badriyah Ali, Noor Ayuni CZ



Untuk sesi 2008, GKLN Publishing House juga menerbitkan beberapa buah buku lain.


1) MENGGELEDAH NURANI


Judul: Menggeledah Nurani
Genre: Kumpulan puisi
Penulis: Fahd Razy
Halaman: 120 (tidak termasuk kata pengantar dan kulit)
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127-0-8
Tahun: 2008
Harga: RM15

MENGGELEDAH NURANI merupakan kumpulan puisi persendirian pertama Fahd Razy yang menghimpunkan sejumlah 80 buah puisi yang ditulis antara 2001-2008. Naskhah ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Menggeledah Nurani dan Angin Sejarah. Menggeledah Nurani merakamkan puisi-puisi bernuansa Islam yang bersifat peribadi dan tercetus dari rasa kehambaan dan kekaguman kepada Pencipta manakala Angin Sejarah lebih sejagat sifatnya, merangkumi sejarah, ketamadunan, sosio-politik, serta isu-isu semasa. Naskhah ini turut menghimpunkan puisi-puisi yang telah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005, 2006, dan 2007, Hadiah Puisi Sains Karyanet 2004 dan 2005, Anugerah Penyair Alam Siber 2006, dan Sayembara Puisi Al-Fikrah MAIDAM-DBPWT 2007.-GPH-


2) BAHASA BUMI


Judul: Bahasa Bumi
Genre: Antologi puisi
Penyelenggara: Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syazlin Sazali, Maisarah Shukri
Halaman: 190
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127-2-2
Tahun: 2008
Harga: RM15

BAHASA BUMI merupakan naskhah pertama Grup Karyawan Luar Negara yang menghimpunkan sejumlah 50 orang penulis luar negara termasuk Zaid Akhtar, Muhaimin Sulam, Fahd Razy, Hafez Iftiqar, Adibah Abdullah, Siddiq Osman, Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syafiq Zulakifli, Alirfan Jindullah, Lailati Mahat dan ramai lagi. Para penulis ini kesemuanya sedang menuntut di pelbagai institut pengajian di seluruh dunia termasuk Sudan, Maghribi, Mesir, Jordan, Jepun, India, Indonesia, Australia, Jerman, Republik Czech, United Kingdom, Ireland, dan Amerika Syarikat. Keseluruhan karya mempamerkan kepelbagaian tema dan teknik, merangkumi sejarah, politik, falsafh, tarbiyah dan dakwah, isu-isu semasa dan global, selain kemanusiaan dan kemasyarakatan. Usaha mengumpul 50 penulis luar negara ini akan dijadikan aktiviti tahunan penerbitan GKLN sebagai usaha menyemarakkan lagi kegiatan penulisan dari khalayak ini. Turut termuat 5 buah puisi yang telah memenangi Sayembara Puisi Islami Maghribi 2008 (SEMPURI) yang berlangsung pada awal tahun 2008.-GPH-

Karya-karya lain boleh dilihat di 'http://gklnpublishinghouse.blogspot.com/'


Kepada yang berminat, boleh hubungi saya.

Maaf tiada entri terbaru. Saya hanya singgah untuk promosi buku.
Salam sayang daripada saya.


Monday, April 28, 2008

Kepingin ke Andalusia II

Sudah beberapa tahun saya memendam perasaan untuk melancong ke Andalusia. Melihat kesan tinggalan Islam di Cordova, mengimbas kembali kegemilangan kita di Alhambra dan merasa semangat Tariq di Jabal Tariq (Gibraltar). Namun banyak perkara yang menghalang, terutamanya masa.

Teman selaboratory saya - Ide akan ke Spain untuk menghadiri Computer Assisted Radiology and Surgery (CARS 2008) Conferens di Barcelona Julai nanti. Dia merancang untuk melancong ke Spain beberapa hari memandangkan konferen hanya akan mengambil masa selama satu hari sahaja. Lagi menyakitkan hati saya, semua adalah di bawah tanggungan universiti atas alasan dia ke Spain untuk urusan universiti.

Impian untuk ke Andalusia makin kuat. Sehinggakan saya sudah mula berkira-kira bilakah saya lapang untuk ke sana. Mungkin Ogos adalah masa yang paling sesuai. Jika thesis saya berjalan lancar, harusnya saya punya sedikit masa lapang. Waa... teramat merindui semangat Tariq!

Ada sesiapa mahu ikut saya ke Andalusia, Spain?

tokkura sedang berada dalam kemurungan yang agak teruk