Bicara kalam...
Wahai Muhammad!Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti. Al-Anfal:65
About Me
- Name: tokkura
- Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, menamatkan ijazah sarjana muda di Saitama University dan ijazah sarjana di Shibaura Institute of Technology dalam Kejuruteraan Mekanikal. Bertugas sebagai pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam. Sebarang ambilan dari blog ini, diharap dengan kebenaran. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, tuhan semesta alam.
Friday, April 27, 2007
Tuesday, April 24, 2007
The Road Not Taken
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth.
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same.
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
Monday, April 23, 2007
Kisah saya
Langkah saya makin kecil. Kebiasaannya saya melangkah laju. Dan mereka berdua melangkah sambil bergelak ketawa. Dalam langkah yang sangat lambat. Akhirnya jarak saya dan mereka berdua cuma tinggal dalam lingkungan satu meter saja lagi. Apa yang perlu saya buat?
Hati saya berdegup pantas. Debar. Kencang. Mereka akan sedar akan kehadiran saya. Reaksi apakah yang perlu saya tunjukkan?
Mereka : Dari mana? Tiba-tiba saja datang sini..
Saya : Ermm.. ada hal sikit dengan pihak universiti.
Mereka : Ooo..
Itu sahaja yang mampu saya ucap. Terus melangkah ke perhentian bas. Meninggalkan mereka berdua. Tanpa menoleh ke belakang. Tapi, itu adalah satu kesalahan besar yang saya telah lakukan. Saya telah mengkhianati iman sendiri!
Sewaktu turun di stesen komuter tadi, saya memilih untuk menapak ke tangga memandangkan escalator sudah dipenuhi ramai manusia. Dari atas, kelihatan seorang gadis melayu bertudung dengan seorang lelaki yang tidak saya kenal susuk tubuhnya. Di bumi asing ini, di mana semua rakyatnya tidak bertudung pastinya amat senang untuk menyedari kehadiran seorang muslimah. Dalam lautan manusia, dari jauh sudah kelihatan indahnya Islam yang dibawa. Cuba untuk menegur dan, astaghfirullahalazim... makin dekat saya dengan mereka berdua, makin jelas tingkah mereka.
Sambil berjalan, kelihatan bahu kedua-duanya kadang bergeseran. Dan kadang-kadang jari jemari dan tangan mereka bersatu. Sambil bergelak tawa. Saya seolah-oleh terbayang-bayang syaitan sedang berteriak melompat girang di sebelah mereka. Raqib dan Atid mungkin mengeluh kesal.
Hati saya menjerit untuk menegur. Terasa ingin berjalan di antara ruang yang ada antara mereka. Namun yang terjadi adalah sebaliknya. Saya melangkah semakin perlahan. Mata saya tundukkan seboleh mungkin dengan alasan saya tidak sedar mereka berdua berada di hadapan saya selama ini. Langkah saya semakin lama semakin kecil. Allahu Akhbar, kuatkanlah iman saya untuk mencegah apa yang sedang berlaku di hadapan saya ini!
Pengakhirannya, saya sekadar berlalu tanpa berkata lebih dari dialog yang berlaku sekejap tadi. Yang pasti, syaitan di sisi saya bersorak kegembiraan di atas kegagalan saya dan ketidakberanian saya menegur mereka berdua. Sekiranya sesuatu yang buruk berlaku ke atas mereka di kemudian hari (nauzubillahi minzalik), saya sudah terlambat untuk menyesalinya.
Saya melangkah ke dalam perut bas yang tiba. Raqib dan Atid mungkin mengeluh lagi, kesekian kalinya untuk hari ini.
Warisan
Tiba-tiba saya disentak dengan sebuah puisi lama dari entri seseorang. Rasa seolah ditikam rakus oleh keadaan bangsa dan negara dengan bait-bait puisi ini.
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
**
Sunday, April 22, 2007
Muhasabah Diri
Tajdid Iman
Bersama Dr Juanda Jaya
HASAN al-Basri berkata: “Sesungguhnya hati dapat hidup dan mati. Apabila dia hidup, kerjakanlah amalan sunat dan apabila ia mati cukuplah mengerjakan amalan fardu.”
Apabila iman berkurangan, maka kuranglah kesungguhan beribadah. Hati disibukkan dengan perkara melalaikan. Kenikmatan beribadat pula bertukar menjadi suatu bebanan. Mustahil untuk terus bangkit daripada penyakit ‘lemah iman ini’.
Untuk memulihkan hati, maka buatlah amalan wajib yang berkualiti. Sembahyang fardu mesti tetap dijaga khusyuk dan rukunnya.
Jika ubat yang ditelan itu menampakkan hasil, anda akan beransur-ansur pulih dan sihat. Tetapi, jangan terlalu lama meninggalkan ibadat sunat kerana ia umpama vitamin bagi hati, makanan tambahan untuk hati yang sihat. Ibadat sunat berfungsi menjaga kesegaran hati supaya tetap sihat dan bertenaga.
Jika mahu memilih tempat yang paling mulia di sisi Allah, tentulah pengorbanan yang dilakukan mesti sesuai dengan upah. Mana mungkin pengorbanan yang sedikit mengharap upah yang banyak. Kerana itulah syurga memiliki beberapa tingkatan (kelas) dan lapan pintu semuanya. Kalau mahukan terbaik, lengkap dengan kemudahan paling hebat milik tetamu kenamaan istimewa (VIP), anda harus menjadikan diri anda layak mendapatkannya.
Friday, April 20, 2007
Duit
Saya: Lain orang lain cara fikirnya. Kalau kau dan aku, duit itu satu keperluan. Kalau bagi orang lain, duit itu satu keinginan. Setiap masa fikir duit. Tak masuk kerja lagi dah fikir nanti dapat gaji berapa... Kalau boleh datang Jepun sampai dua kali within 6 months, mestinya gaji pun besar.(Ini adalah lawatan RF kali kedua ke Jepun.)
RF: Gaji aku bukannya banyak pun. Separuh je dari scholar budak-budak ni. Cuma aku buat apa yang aku rasa nak buat.
(Dalam hati saya, huh.. tipulah ni. Mesti gaji banyak ni. Maaf RF, ini isi hati saya yang sebenarnya waktu itu. Ha ha..)
RF: Walaupun gaji aku sikit(Jangan percaya, gaji dia banyak!), tapi bolehlah pergi jalan-jalan. Satu mungkin sebab aku tak kahwin lagi. Kesilapan yang dibuat oleh kawan-kawan satu pejabat aku. Mungkin..
Entri yang tiada makna apa-apa untuk kali ini. Sekadar memuatkan perbualan saya dan seorang teman. Jalan cerita telah saya ubah untuk lebih menarik. Kepada RF, maaf kerana memaparkan isi perbualan kita tempoh hari.
Pengajaran entri kali ini, duit bukan segala-galanya. Jika sejak dari usia muda sudah mula memikirkan masalah duit, anda ternyata mensia-siakan umur yang telah dianugerahkan.
Tuesday, April 17, 2007
Suatu Ketentuan
kegelapan, hujan, kelaparan,
segala macam musibah,
kedukaan, cacian dan teguran
sebagaimana yang dihadapi
oleh batang-batang pohon.
(Walt Hewittman)
Sesungguhnya aku pernah menghabiskan dua belas tahun umurku dengan bersama haiwan ternakan. Aku tidak pernah melihat seekor lembu betina yang kesusahan atau bersedih kerana padang rumput terbakar atau kering kerana sedikit hujan. Aku juga tidak pernah melihat sapi betina yang sedih kerana ditinggalkan sapi jantannya yang merayu sapi betina yang lain. Sesungguhnya haiwan menghadapi kegelapan, bencana, taufan dan kelaparan dengan tenang dan sabar. Oleh kerana itulah jarang haiwan yang mengalami tekanan mental atau menderita pelbagai penyakit.
Kerana itu aku menyarankan kepada semua yang ditimpa musibah agar menghimpunkan semua tenaganya untuk menghadapi segala bencana, sebagaimana sikap sekumpulan kerbau dan batang kurma apabila mereka terluka.
Pemikiran Dale Carnegie ini tidak salah, kerana beliau tidak mengetahui seperti apa yang kita imani selama ini, kepercayaan kepada ketentuan dan takdir dari Allah SWT. Apa yang dikatakan oleh Dale Carnegie hanyalah sebagai ganti dari iman terhadap qada` dan qadarNya sahaja.
Moga entri ini membantu kalian yang sedang dalam kemurungan atau kesedihan.
Monday, April 16, 2007
Thursday, April 12, 2007
Rindu Rasulullah
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan(keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat. (al-Ahzab:21)”
Rasulullah SAW bukan sekadar pembawa risalah Allah, malah Rasulullah itu adalah sebaik-baik manusia dimuka bumi ini. Daripada segala tingkah laku, pakaian, pertuturan sehinggalah kepada dakwah baginda, tergambar betapa Rasulullah SAW itu adalah contoh terbaik kepada seluruh umat Islam.
Pernah saya terbaca satu entri dari blog seseorang yang saya tidak kenali penulisnya, katanya, apa itu manusia? Lantas, jawapan yang diberi adalah, manusia itu khalifah yang dungu, lebih dungu daripada haiwan. Kenapa, kerana Allah telah memberi amanah kepada manusia untuk dilaksanakan, namun manusia mengabaikannya. ”Wahai orang yang berselimut, bangun malamlah kamu barang sedikit, separuh malam atau kurang darinya atau lebih darinya dan bacalah al-Quran dengan tartil(perlahan dan mengamati). Sesungguhnya Kami akan menurunkan ke atas kamu perkataan (arahan) yang berat. (al-Muzammil:1-5)” Allah tidak menciptakan manusia semata-mata untuk beribadah kepadaNya sahaja. Ada tugas yang digalas disetiap bahu seorang Muslim itu. Lagi soalannya, apakah itu manusia? Jawapannya, manusia itu adalah makhluk Allah yang sentiasa bersedia dihumbankan ke dalam api neraka. Akal yang dianugerahkan tidak diguna pakai, kemudian berlaku zalim kepada diri sendiri. Maka api neraka sahajalah kesudahannya. |
Mungkin kalian terfikir, apakah kaitannya persoalan `apakah manusia itu` dengan tajuk yang saya persoalkan di awal entri ini. Rasulullah diturunkan untuk menjadi petunjuk, menjadi role model, dan sebagainya. Namun, manusia yang juga membawa maksud akal(kerana haiwan dan tumbuhan tidak dianugerahkan akal), tidak pernah mahu berfikir sebelum memilih idola hidup mereka.
Dalam dakwah baginda, ternyata risalah yang dibawa lebih mementingkan bukti-bukti yang lojik, bukannya mukjizat. Meski masih ada mukjizat yang ditunjukkan, orang Arab jahiliah dulu tidak beriman kerana mukjizat itu. Baginda memberi hujah dengan bukti yang lojik dan yang boleh diterima akal. Makanya, risalah itu, sejarah itu, boleh dijadikan panduan dan akan berulang kembali. Tetapi dengan hanya kita mencontohi Baginda Rasul dan uhlul bait serta sahabat-sahabat baginda.
Satu perkara yang kita pasti, tarbiyyah Islamiyyah itu amatlah penting untuk menyedarkan masyarakat, mendidik dan membina kembali peribadi seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar, Aishah, dan lain-lain. Kerana itu seerah Rasulullah SAW itu penting untuk difahami, dihayati dan diikuti oleh mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya. Malah ia menjadi wajib kepada umat yang ingin mengembalikan kegemilangan Islam dan mencintai saudara-saudaranya.
Daripada Abu Hurairah r.a., nabi SAW bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia lebih mencintaiku daripada bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya.” (Bukhari dan Muslim)
Wallahualam.
Saturday, April 07, 2007
Alaahai....
Pendapat anda?
YOSH!!
Rindu saya pada Bicara Kalam makin parah. Alhamdulillah, hari ini rumah saya akhirnya mempunyai internet kembali. Penat membaca email daripada teman-teman. Berusaha sedaya mungkin membalas email yang dihantar. Maaf kepada Hannan jua Nadhrah kerana sekian lama tidak menghubungi kalian.
Sewaktu tiba di Narita International Airport dari Malaysia, suhu sekitar adalah 2 darjah selsius. Dari jendela densya(keretapi), kelihatan sakura telah berbunga indah. Malah sudah ada yang berguguran. Musim telah berubah. Untuk yang keberapa juta kalinya, bumi ini dihiasi sakura lagi. Persekitaran saya juga berubah. Kampus baru, teman-teman baru, lab baru dan segala-galanya berubah. Perlukan masa untuk adaptasi dengan segala perkara. Saya harus lebih berusaha!
Manusia juga berubah...
Kepada warga Malaysia di bumi sakura, selamat menghadapi tahun baru dalam pengajian anda. Selamat berusaha!